Dulu-dulu, min takut juga nak masuk pusat karaoke sebab gelap. Macam nak pergi tempat tak senonoh pula kan.
Tapi sekarang macam-macam konsep dah ada. Karaoke keluarga, tema yang pelbagai. Terbaru, dah ada pula pusat karaoke dengan konsep ala istana.
Maharaja Karaoke IOI City Mall
Ini adalah Maharaja Karaoke yang baru dibuka di IOI City Mall 2, Putrajaya. Tempat ni ada 73 bilik untuk karaoke. Besar dan cantik macam istana!
Bilik karaoke jenis kaca pun ada, cool. Sound system dekat Maharaja Karaoke ni mantap! Skrin nak pilih lagu pun smooth je.
Paling kami suka sebab surau pun ada disediakan dekat sini. Jadi, kalau rasa nak karaoke lama tu jangan lupa solat.
Karaoke ini tidak mempunyai kesalahan sekiranya dilakukan dalam batas syarak. Kadang-kadang dalam tandas pun kita nyanyi. Sama juga kan. Bak lirik nasyid terkenal dari kumpulan Raihan : Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah.Hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.
Jadi, berpada dan ingat Allah ya.
Lokasi & Waktu Operasi
Lokasi Maharaja Karaoke di Lot L3- 232A & 232B, Tingkat 3, East Wing (New Wing). Waktu operasi bermula jam 11 pagi - 3 pagi.
Harga Pakej Karaoke
Harga dia per bilik tau, bukan per kepala. Jadi sangat berbaloi kalau ambil bilik besar, boleh masuk ramai-ramai.