HalalXPlorer Logo
ktm berhad
28 January 2023

KTMB Tawar Tambang Percuma Buat Pelajar Sekolah & OKU !

Kongsikan:

Pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara bakal menikmati tambang percuma bermula 15 Februari depan.

KTMB Tawar Tambang Percuma Buat Pelajar Sekolah & OKU !

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelajar sekolah rendah tidak lagi perlu membeli tiket dan hanya terus menaiki kereta api jika berpakaian seragam sekolah.

Jelasnya, antara golongan yang benar-benar mendapat manfaat itu adalah 150 pelajar sekolah rendah di laluan stesen kereta api Dabong ke Kuala Gris, Gua Musang, Kelantan.

KTMB Tawar Tambang Percuma Buat Pelajar Sekolah & OKU !

Kementerian Pengangkutan juga akan membincangkan langkah sama kepada beberapa kumpulan lain seperti pelajar sekolah menengah dan warga emas jika ada peruntukan.

Tambang percuma itu bagaimanapun tidak membabitkan perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA