
Selepas tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, pameran fauna terbesar di Malaysia iaitu Royal Floria Putrajaya bakal kembali pada tahun 2022 ini ! Jika anda mahu melawat pameran tersebut, ini adalah antara yang anda perlu tahu :

1. ??????, ???? & ??????
Royal Floria Putrajaya akan berlangsung dari 29 Ogos 2022-4 September 2022. Bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam bertempat di Anjung Floria Putrajaya.

Ini memang tapak kekal Floria. Kalau tak ingat di mana, ia terletak berdekatan bersebelahan Masjid Besi dan disini juga ada Pantai Floria.

2. ????? ????? Royal Floria Putrajaya 2022
Masuk ke Royal Floria Putrajaya adalah berbayar. Untuk seorang dewasa RM15.00 , kanak-kanak / warga emas RM 5.00
Manakala untuk OKU dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun tiada bayaran dikenakan.
JENIS | WARGANEGARA (RM) | BUKAN WARGANEGARA (RM) |
---|---|---|
Dewasa | 15.00 | 100.00 |
Kanak-Kanak (7-12 tahun) | 5.00 | 50.00 |
Warga Emas | 15.00 | 30.00 |
Orang Kurang Upaya (OKU) | Percuma | 30.00 |
Tak mahal pun, sebab harga untuk bukan warganegara adalah RM100.00 tau !
Tiket boleh dibeli disini : https://floria.putrajaya.my/
?. ??????? ?????
Memang anda wajib ke sini sebab ada pameran flora tempatan dan antarabangsa daripada Singapura, China, Indonesia, Korea, Thailand, Taiwan, Jerman dan New Zealand.

Antara tarikan lain adalah Sky Walk yang menjadi laluan utama ke Floria, Gemerlapan Floria, Clock Meadow, Wall of Orchids, Taman ‘Glow in the Dark’, Floral Pavilion serta Pertunjukkan Orkid VIP.

?. ????? ??????? ????? ?????
Ini cadangan saja ya, kalau tengok tarikh acara ini bermula Isnin sehingga Ahad sahaja. Bermakna ada satu 'weekend' saja untuk acara ini.
Jadi, weekend nanti mungkin akan ramai. Kalau sesiapa ada kelapangan untuk pergi weekdays, jemput datang waktu itu.
Masa pula, kami cadangkan pergi lewat petang (lepas asar) dan akhiri waktu lawatan waktu malam. Sebab apa ?
Royal Floria Putrajaya ini memang cantik. Bila siang boleh tengok warna-warni ribuan bunga.

Tapi, bila malam pula boleh tengok lampu warna-warni menghiasi taman. Semuanya cantik. Tak percaya ? Tengok gambar.


Kalau pergi siang tak sampai malam, rugi. Kalau pergi malam tak dapat tengok siang pun rugi.

Jadi, datang waktu petang. Dapat tengok dua-dua terus ! Tanpa menunggu waktu yang lama. Waktu petang ni pun dah kurang panas untuk aktiviti 'outdoor'.
?. ???? ???? ??????-??????
Memang tarikan utama disini adalah pameran bunga, tapi ada banyak juga jualan disini. Kalau berminat nak tanam macam-macam kat rumah tu, elok datang sini bawa duit.
Kat sini ada puluhan gerai jualan berkonsepkan 'Garden Bazaar'. Produk lain dan makanan pun banyak kat sini.
?. ???? ?????? & ??????? ???????
Ini paling penting ya. Terdapat 400,000 bunga dan tumbuhan pelbagai spesies yang warna dari dalam dan luar negara, termasuk 10,000 pokok orkid. Gubahan taman pun memang cantik-cantik.

Rugi yer kalau tak pakai cantik, cantik dan bawa kamera. OOTD is a must !
?. ???????? ?????? ???????
Kalau nak waktu paling meriah, jemput datang malam pada 30 Ogos sebab akan ada sambutan ambang merdeka. Yang ini memang terbaik sebab PM (Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob) pun datang.

Ada konsert artis terkenal (Ameng, Amir Masdi Haqiem Rusli, Afiq, Nash, Manbai, Ayu Damit) , persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api.
Waktu 30 Ogos ini, bermula 10.30 malam pintu C dan D akan dibuka semula kepada orang awam secara percuma untuk program ambang merdeka. Pameran ditutup tau.
Maklumat Lanjut : shorturl.at/msV24
Akhir kata dari kami, jangan lupa memeriahkan acara pameran bunga terbesar di Malaysia ini ya !