Jika anda masih ingat, sewaktu mula-mula Taco Bell mengumumkan bahawa mereka akan memasuki pasaran Malaysia dan membuka cawangan pertama mereka disini, Kota Damansara atau lebih tepat Tropicana Gardens Mall adalah disebut-sebut sebagai lokasi cawangan pertama.
Tetapi, akhirnya Taco Bell membuka cawangan pertama mereka nun di Cyberjaya dan kemudiannya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Ramai penduduk dari Kota Damansara kecewa apabila mimpi mereka tidak menjadi kenyataan.
Tetapi, akhirnya baru-baru ini Taco Bell mengumumkan bahawa mereka telah membuka cawangan terbaru dan ke-3 mereka di Tropicana Gardens Mall seperti yang diminta oleh ramai peminat makanan mereka yang tinggal berdekatan Kota Damansara !
Fuh, selama ni hanya tengok di TV Amerika, tetapi sekarang orang Kota Damansara dah boleh rasa sendiri keenakan makanan Mexico dari Taco Bell !
Semestinya ramai warga Kota Damansara tidak sabar mahu menikmati menu Taco Bell, memandangkan populariti jenama ini di Amerika Syarikat dan rakan-rakan dari Cyberjaya serta Cheras telah bercerita mengenai keenakan menu Taco Bell.
Atau mungkin juga ada warga Damansara yang masih tidak tahu lagi, apa sebenarnya Taco Bell ini ? Walaupun dah 7,000 cawangan di Amerika Syarikat dan masuk cawangan ke-3 di Malaysia, tetap janggal lagi dengan jenama ini.
Okay, mari kami ceritakan sedikit. Walaupun restoran ini bermula dari Amerika Syarikat, tetapi menu Taco Bell terdiri daripada makanan tradisional Mexico seperti taco, quesadillas, burrito, dan nachos dan beberapa lagi.
Menu utama yang anda patut cuba ialah Taco Supreme iaitu taco yang didatangi dengan kulit roti tortilla yang rangup atau roti tortilla lembut. Taco Supreme berharga RM15.90 untuk kombo, manakala RM9.90 untuk ala-carte. Ia dilengkapi dengan daging lembu dan anda boleh memilih pilihan ayam dengan Taco Ayam Kickin yang berharga RM15.90 untuk kombo dan RM12.50 untuk ala carte. Untuk semua menu hidangan, anda boleh menukar protein ke Grilled Chicken, Ground Chicken atau Ground Beef.
Taco Bell combo set berharga antara RM13.90 hingga RM15.90 yang merangkumi minuman ringan dan pilihan kerepek Nacho atau kentang goreng Mexico. Mereka juga menawarkan 6 sos berbeza yang berharga RM1.80 setiap satu. Antara sos yang disediakan ialah Pico De Gallo Salsa, Nacho Cheese, Sour Cream, Avocado Guacamole, Kickin ‘Sauce dan Sambal.
Bagi peminat keju pula, Taco Bell turut menyediakan Chicken Quesadilla yang berharga RM13. 90 untuk kombo dan RM10.50 untuk ala carte. Selain itu terdapat juga Loaded Nachos yang sesuai untuk perkongsian bagi dua atau tiga orang yang boleh didapati dengan harga RM15.90 sahaja. Loaded Nachos ini disajikan dengan krim masam dan dihidangi ‘guacamole’ di bahagian atasnya. Wah dengar pun sudah terasa keenakannya!
Sebagai manisan selepas menikmati makanan pedas, Taco Bell juga menawarkan dua hidangan iaitu Chocodilla dan Cinnamon Twists yang boleh didapati dengan harga serendah RM3.90 sahaja.