Kami nak kongsikan kepada anda, salah sebuah hotel 5 bintang paling 'legend' di Kuala Lumpur yang sudah kembali dibuka sejak 1 Disember 2021 yang lalu.
Ini adalah Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel . Kenapa kami katakan 'legend'? Kerana ianya sebuah hotel 5 bintang yang ternama dan megah berdiri sejak 1997 lagi !
Hotel mewah lima bintang yang bertaraf antarabangsa ini ]terletak betul-betul bertentangan dengan Quill City Mall dan mengambil masa tak sampai 5 minit jalan kaki untuk ke Stesen Monorail Medan Tuanku yang menghubungkan orang ramai dengan kesemua tempat-tempat menarik serta pusat-pusat perdagangan di Kuala Lumpur .
Sheraton Imperial juga terletak bersebelahan dengan Jalan Doraisamy yang masyhur sebagai tempat santai dan hiburan. Kiranya, hotel ini sangat strategik dan memang boleh diakses dengan mudah menggunakan pengangkutan awam, dan juga berjalan kaki sahaja.
Dengan ratusan bilik-bilik indah dari pelbagai jenis dan fasiliti, hotel ini menjanjikan perkhidmatan terbaik buat semua tamunya yang hadir.
Seperti hotel-hotel mewah lain, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan elektronik terkini serta perabot berkualiti tinggi.
Senireka dalamannya juga bersesuaian dengan gaya penginapan masa kini yang eksklusif serta kontemporari walaupun hotel ini telah berusia lebih dari 20 tahun. Kalah semua hotel baru !
Dari segi fasiliti, hotel ini memang menawarkan fasiliti yang pelbagai, kondusif dan selesa seperti sebuah kolam renang, gimnasium serta pusat kesihatan, Ini termasuk bilik sauna, jacuzzi (lelaki dan perempuan) serta sudah tentu ruangan spa dan urut yang dikendalikan oleh pihak Mandara Spa, salah satu pengurusan spa yang paling dikenali di Malaysia.
Yang paling seronok, harga penginapan per malam di Imperial Sheraton sangat berpatutan. Kami sarankan anda untuk menyemak tarikh bersesuaian dan membuat tempahan melalui laman sesawang Marriott-Bonvoy disini : https://www.marriott.com/loyalty.mi
Alamat
Sheraton Imperial, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur