HalalXPlorer Logo
tips to save money to klia ekspres cara jimat menaiki klia transit ke klia
22 March 2023

Cara ke KLIA Menggunakan MRT Laluan Putrajaya. Lebih Murah !

Kongsikan:

Ramai tahu Kuala Lumpur International Airport, pintu masuk utama negara kita sebenarnya bukan terletak di Kuala Lumpur tetapi terletak di Sepang, Selangor.

Kebiasaannya ada beberapa mod pengangkutan yang digunakan oleh orang ramai untuk ke lapangan terbang tersebut seperti memandu sendiri, menaiki teksi ataupun perkhidmatan E-Hailing, atau cara yang paling pantas dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur adalah menaiki tren ekspres KLIA ataupun KLIA Transit.

Tapi itulah, tiket perjalanan KLIA Ekspres agak mahal, tambah-tambah pula jika kumpulan kita ramai. Semakan terakhir kami mendapat harga tiket perjalanan sehala bagi seorang dewasa ke KLIA adalah RM55 ! Bayangkan kalau bawa pasangan, anak-anak ? Mahal kan !

Cara ke KLIA Menggunakan MRT Laluan Putrajaya. Lebih Murah !

Tetapi sekarang, dengan pembukaan MRT 2 ataupun MRT Laluan Putrajaya, dah ada pilihan untuk anda ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur dengan lebih murah. Cuma, banyak sikitlah kerja yang perlu dibuatnya ya.

Seperti kita tahu, stesen-stesen bagi perkhidmatan KL Transit adalah KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya Sentral, Salak Tinggi dan juga destinasi terakhir iaitu KLIA.

Kalau nak tahu, stesen Putrajaya Sentral ini juga merupakan terminal akhir bagi laluan baharu MRT Putrajaya. Bermaksud stesennya berhubung. Jadi, apa kata jika anda menaiki MRT Laluan Putrajaya sehingga ke Stesen Putrajaya Sentral, kemudian sambung perjalanan anda menggunakan perkhidmatan KLIA Transit ?

Cara ke KLIA Menggunakan MRT Laluan Putrajaya. Lebih Murah !

Mengikut carian kami, harga tiket perkhidmatan KLIA Transit dari Putrajaya ke KLIA Terminal 1 & 2 adalah RM9.40 bagi dewasa dan RM4.20 bagi kanak-kanak ! Nampak tak? Jimat banyak tu berbanding menaiki perkhidmatan KLIA Ekspres dari KL Sentral.

Jadi, untuk kos perjalanan keseluruhan, anda hanya perlu tambahkan kos tambang KLIA Transit tersebut dengan tambang anda menaiki MRT yang sudah semestinya murah juga.

Berikut adalah contohnya :

Cara ke KLIA Menggunakan MRT Laluan Putrajaya. Lebih Murah !

Diharapkan tips ini sedikit sebanyak membantu anda melakukan penjimatan sewaktu travel supaya duit lebih tu dapat digunakan untuk benda lain yang lagi best !

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA