HalalXPlorer Logo
tips melancong ke bali travel tips
11 August 2023

Nak Melancong ke Bali ? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu !

Kongsikan:

Dua tahun selepas tercetusnya wabak pandemik COVID-19, akhirnya perjalanan antarabangsa telah dibuka kembalu, namun banyak perubahan yang berlaku lebih-lebih lagi berkenaan cara orang ramai travel.

Kalau sebelum ni, kita perlu sediakan dokumen seperti tiket penerbangan dan passport sahaja, kini ditambah pula dengan pelbagai lagi dokumen dan syarat perjalanan yang berbeza mengikut negara dan destinasi.

Nak Melancong ke Bali ? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu !

Negara-negara luar telah mula menerima kembali kemasukan pelancong asing, namun langkah itu diambil dengan penuh hati-hati. Seperti contoh, wilayah Bali di Indonesia yang mengenakan beberapa syarat bagi memasuki pulau berkenaan. Jika anda merancang untuk ke Bali dalam masa terdekat, ini yang anda perlu tahu :

Syarat Kemasukan Terkini Ke Bali

Bermula 18 Mei lalu, kerajaan Indonesia telah membatalkan segala keperluan untuk pelancong yang telah mendapat vaksinasi penuh untuk mengadakan ujian pra-pelepasan Covid-19 yang sebelum ini wajib dan hanya diterima selama 48 jam.

Nak Melancong ke Bali ? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu !

Selain itu, Malaysia termasuk dalam senarai negara yang mendapat pengecualian visa semasa ketibaan atau ‘visa on arrival’ selain ada beberapa syarat yang perlu dan boleh dilakukan antara tiga hingga lima hari sebelum hari penerbangan.

Syarat lain yang ditetapkan termasuklah :

  1. Tarikh tamat passport sekurang-kurangnya 6 bulan
  2. Tiket penerbangan balik atau ke negara lain
  3. Bukti perlindungan insurans yang meliputi rawatan Covid-19

Selain itu, pelancong perlu memuat turun dan mengaktifkan aplikasi PeduliLindungi dan disarankan supaya memuat naik sijil vaksinasi melalui laman web seminggu sebelum pelepasan.

Perlu diingatkan juga yang insurans travel adalah wajib dan korang boleh cari yang mana bersesuaian dengan tempoh dan syarat yang dikenakan. Kalau nak beli secara online, disarankan untuk buat perbandingan di sini dan untuk mudahkan urusan di kaunter kastam di Bali nanti, sangat digalakkan untuk mengisi e-CD (custom declaration) secara online sebelum berlepas. Ini supaya anda tak perlu isi borang secara fizikal di Lapangan Terbang Ngurah Rai nanti.

Untuk maklumat terkini dan sentiasa dikemaskini tentang perjalanan ke Bali, boleh semak disini.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA