HalalXPlorer Logo
maya bay thailand
02 August 2023

Rosak Dek Kerana Pelancong, Maya Bay Terpaksa Ditutup 2 Bulan

Kongsikan:

Maya Bay, pantai terkenal di Thailand, akan ditutup sementara dari 1 Ogos hingga 30 September sempena musim tengkujuh untuk tujuan pemulihan, kata ketua taman negara tempatan, Ratchanok Phaenoi.

Teluk yang terletak di pulau Phi Phi Le itu menjadi popular selepas muncul dalam filem Hollywood 'The Beach' pada tahun 2000, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio. Selama bertahun-tahun, pulau yang tidak berpenghuni di kepulauan Phi Phi ini menarik rama

Maya Bay closed for tourist and visitors leonardo dicaprio

i pelancong kerana keindahannya, namun kini ia mengalami kerosakan teruk.

Setiap hari, puluhan bot tiba, menyebabkan kemusnahan terumbu karang dan menakutkan jerung blacktip, selain menyumbang kepada pencemaran sampah yang bertambah. Pantai ini pernah ditutup pada Jun 2018 selama tiga setengah tahun atas saranan ahli biologi marin, sebelum dibuka semula pada Januari 2022 dengan peraturan yang lebih ketat.

Maya Bay closed for tourist and visitors leonardo dicaprio

Peraturan baharu termasuk larangan bot memasuki teluk, serta pengurangan bilangan pelancong dan larangan aktiviti renang dan snorkeling. Phaenoi menyatakan bahawa penutupan terbaru semasa musim tengkujuh juga bertujuan melindungi keselamatan pengunjung.

Maya Bay closed for tourist and visitors leonardo dicaprio

Kebanyakan pelancong tiba dari pulau Phi Phi Don dengan menaiki bot panjang, namun semasa cuaca buruk dengan hujan dan ombak besar, bot-bot yang uzur tidak dapat berlabuh di Teluk Loh Sama, memaksa pengunjung berjalan kaki ke Maya Bay. Phaenoi juga mengesahkan bahawa penutupan pantai ini akan menjadi amalan tahunan pada setiap Ogos dan September.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA