HalalXPlorer Logo
festival sawah padi sekinchan
16 April 2025

Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 – Cuti-Cuti Dalam Sawah, Macam Luar Negara Tapi Kat Selangor!

Kongsikan:

Kalau korang tengah cari idea nak ke mana hujung bulan April nanti, ni kami nak share satu event yang confirm rare dan vibes dia chill habisFestival Sawah Padi Sekinchan! Akan berlangsung selama dua hari je, pada 26 & 27 April 2025 di Terminal Sekinchan, festival ni dari pagi sampai ke senja — 7:00 pagi sampai 7:00 malam, non-stop!

Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 – Cuti-Cuti Dalam Sawah, Macam Luar Negara Tapi Kat Selangor!

Kenapa Korang Kena Datang?

Festival ni bukan sekadar cuci mata tengok sawah padi yang cantik macam poskad tu — tapi penuh dengan aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Dari family dengan anak kecil sampai ke geng content creator, semua akan ada something untuk enjoy.

Antara highlight kat festival ni:

Larian Sawah Padi Sekinchan – Lari-lari sambil layan angin kampung, background sawah. Gambar Instagram confirm on point.

Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 – Cuti-Cuti Dalam Sawah, Macam Luar Negara Tapi Kat Selangor!

Tour Trem & Beca EV – Tak nak penat? Naik trem atau beca elektrik sambil explore kawasan Sekinchan dengan gaya retro & moden.

Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 – Cuti-Cuti Dalam Sawah, Macam Luar Negara Tapi Kat Selangor!

Visit Selangor Treasure Hunt – Macam Amazing Race tapi versi kampung. Best untuk team building atau nak test otak & stamina.

Saringan Kesihatan oleh KPJ – Singgah sekejap untuk check tahap kesihatan, terus rasa tenang nak makan banyak kat festival.

Voluntourism MOTAC – Untuk korang yang minat isu kelestarian alam, boleh join aktiviti sukarelawan yang fun & meaningful.

Festival Makanan & Pasar Palong – Inilah tempat untuk ‘makan sampai pengsan’. Ada macam-macam gerai makanan tempatan, kuih tradisional, dan hasil kampung — semua authentic!


Lokasi Cantik, Suasana Kampung, Pengisian Padat

Sekinchan memang terkenal dengan sawah padi yang luas terbentang dan vibe kampung yang masih original. Tapi kali ni, dengan kerjasama Tourism Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam, dan MBI, suasana tu diangkat ke tahap festival penuh warna dan aktiviti.

Korang boleh datang dengan family, geng ofis, atau even solo trip pun layan. Nak buat content TikTok? Nak picnic tepi sawah? Nak tangkap gambar dengan backdrop plane-themed macam dalam poster tu? Semua boleh.


Bila & Di Mana?

  • Tarikh: 26–27 April 2025
  • Lokasi: Terminal Sekinchan, Selangor
  • Masa: 7:00 pagi – 7:00 malam

Jom ke Sekinchan untuk alami sendiri “cuti ala kampung yang tak nampak macam kat Malaysia”. Tengok sawah sambil minum air kelapa, snap gambar, main aktiviti, makan macam-macam — inilah Selangor yang korang tak sangka ada!

#FestivalSawahPadiSekinchan #VisitSelangor2025 #SekinchanAdaStyle

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA