HalalXPlorer Logo
gerai di taman melawati ini menjual sarapan ala amerika ! breakfast.co melawati
29 July 2022

Gerai di Taman Melawati Ini Menjual Sarapan Ala Amerika !

Kongsikan:

Selalu bila kita bersarapan, pasti yang menjadi menu kita adalah nasi lemak, atau bermacam jenis roti canai seperti roti telur, roti planta dan sebagainya.

Apa kata sekali-sekala kita ubah sikit selera dengan bersarapan gaya orang putih. Baru lah 'rare' !

Di Taman Melawati, ada satu gerai niaga tepi jalan saja tetapi menu sarapannya bukan biasa-biasa. Mereka menjual sarapan ala American & 'English Style'.

Gerai di Taman Melawati Ini Menjual Sarapan Ala Amerika ! BreakfasT.Co Melawati

Selalu nak macam ini kena sarapan di hotel atau pergi kafe fancy-fancy. Mahal dan penat nak kena bersiap pagi-pagi hehe.

Gerai di Taman Melawati Ini Menjual Sarapan Ala Amerika ! BreakfasT.Co Melawati

Antara menu disini adalah Bagel Pulled Beef, Bagel Fish Fillet, Chicken and Egg Muffin, BLT Sandwich , Focaccia Cheese Toasties & Big Supreme Breakfast.

Gerai di Taman Melawati Ini Menjual Sarapan Ala Amerika ! BreakfasT.Co Melawati

Walaupun gerai mereka ini menjual makanan sarapan dan dibuka seawal 7:30 pagi. Tapi, kalau anda jenis nak menikmati pagi cuti di bilik dan menunggu 'brunch' pun okay sebab gerai buka sampai jam 1 tengahari. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat ya.

Gerai di Taman Melawati Ini Menjual Sarapan Ala Amerika ! BreakfasT.Co Melawati

Alamat

? BreakfasT.Co, Jalan Bandar 4, Taman Melawati, Kuala Lumpur

? Wan Mahalil Wan Daud (Google) | @_breakfast.co, | @duwa.bakestuff | @adrianaxfood | @syah_eats (Instagram)

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA