Kementerian Pengangkutan membuat keputusan untuk untuk menghentikan sementara perkhidmatan SkyPark Link yang menghubungkan Stesen KL Sentral dan Lapangan Terbang Subang, bermula 15 Februari ini.
Ini kerana laluan tersebut yang dibuka sejak 2018 kurang mendapat permintaan meskipun kerajaan sudah menurunkan harga tambang dan membelanjakan sebanyak RM15 juta setiap tahun bagi memastikan ia terus berfungsi.
Hasil kajian yang dilakukan, hanya purata 80 penumpang sahaja menggunakan perkhidmatan itu setiap hari. Adakalanya tren berjalan kosong tanpa penumpang.
Tempoh akhir penangguhan itu masih belum dimuktamadkan, dan Kementerian Pengangkutan tidak menolak ia disambung semula sekiranya laluan itu mula mendapat permintaan dan potensi yang tinggi.