Dah tak perlu susah-susah nak terbang sampai ke London kalau nak merasa makanan chef terkenal Jamie Oliver sebab cawangannya baru saja dibuka di Malaysia bertempat di Tingkat 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pelbagai jenis makanan citarasa eropah boleh didapati di sini dan tarikan utamanya pastinya pizza.
Anda boleh temui restoran Jamie Oliver ini di tingkat 5 KLIA, berdekatan pintu masuk antarabangsa. Setibanya disana, dekorasi yang menarik pasti memukau mata anda.