Berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai, festival yang mempamerkan pelbagai spesies dan bunga-bungaan serta tanaman hiasan, Royal Floria Putrajaya 2022 yang sepatutnya berakhir Ahad (4 September 2022) dilanjutkan sehingga Selasa depan (6 September).
Tambahan dua hari itu akan memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung ke festival berkenaan sempena cuti sekolah.
Sejak Floria Diraja Putrajaya 2022 dibuka kepada orang ramai 29 Ogos lepas, ia mendapat sambutan amat menggalakan. Semasa cuti Rabu lepas, sempena Hari Kebangsaan, festival menerima pengunjung yang tidak putus-putus sejak dari pagi hingga malam.
Penambahan aktiviti dan program untuk dua hari juga akan diatur dan bunga-bunga di Royal Floria Putrajaya pun kalau akan digantikan jika ada yang kering atau layu.
Para peserta, kontraktor dan peniaga turut menyambut baik keputusan melanjutkan tempoh festival itu.
Jika anda masih belum berkesempatan untuk mengunjungi Royal Floria Putrajaya edisi 2022, anda masih berpeluang untuk berbuat demikian sehingga 6 september ini. Disini kami kongsikan harga tiket bagi memasuki Floria Putrajaya.
Harga Tiket Royal Floria Putrajaya 2022
JENIS | WARGANEGARA (RM) | BUKAN WARGANEGARA (RM) |
---|---|---|
Dewasa | 15.00 | 100.00 |
Kanak-Kanak (7-12 tahun) | 5.00 | 50.00 |
Warga Emas | 15.00 | 30.00 |
Orang Kurang Upaya (OKU) | Percuma | 30.00 |
Harga Tiket Acara Royal Floria Putrajaya 2022
Untuk membeli tiket masuk ke Royal Floria Putrajaya 2022, anda boleh klik pautan ini.