HalalXPlorer Logo
08 May 2021

Jambatan gantung terpanjang di dunia dibuka di Portugal

Kongsikan:

Jambatan gantung terpanjang di dunia yang merentasi Sungai Prava di perkampungan Arouca, Utara Portugal mula dibuka kepada pengunjung minggu lalu. Ia mula dibuka setelah mengambil masa 2 tahun untuk dibina dengan anggaran kos 2.8 Juta Dollar (RM 11.5 Juta).

People walk on the world's longest pedestrian suspension bridge '516 Arouca', now open for local residents in Arouca, Portugal, April 29, 2021. REUTERS/Violeta Santos Moura

Jambatan Arouca 516 yang berukuran lebih 516 meter panjang dan memegang rekod dunia sebagai jambatan terpanjang di dunia setakat ini. Ia merentasi gunung batu yang dipenuhi kehijauan dalam taman Geo Arouca yang diiktiraf oleh UNESCO.

jambatan gantung terpanjang di dunia mula dibuka di portugal

Pada minggu lalu, orang awam mula mengunjungi jambatan gantung ini yang mana kebanyakan mereka adalah daripada penduduk tempatan.

Menurut Datuk Bandar Arouca, Margarida Belem, jambatan dengan ketinggian 175 meter itu mampu menampung sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.

jambatan gantung terpanjang di dunia mula dibuka di portugal
People walk on the world's longest pedestrian suspension bridge '516 Arouca', now open for local residents in Arouca, Portugal, April 29, 2021. REUTERS/Violeta Santos Moura

Malah, beliau menyifatkan jambatan yang menyeberangi sungai itu sebagai satu binaan yang unik.

Jambatan yang tersembunyi di antara pergunungan itu juga akan menjadi satu lagi tarikan tambahan buat sektor pelancongan di Portugal.

People walk on the world's longest pedestrian suspension bridge '516 Arouca', now open for local residents in Arouca, Portugal, April 29, 2021. REUTERS/Violeta Santos Moura

Macamana, anda berani tak ?

Sumber: Reuters

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA