HalalXPlorer Logo
paris baguette
29 January 2023

Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !

Kongsikan:
Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !

Anda pernah dengar berkenaan Paris Baguette ? Walaupun namanya sebegitu, ia merupakan rangkaian kafe bakeri yang terkenal dari Korea Selatan dan bukannya Perancis. Tetapi, menu-menu mereka sememangnya terinspirasi dari Perancis. Antaranya adalah Croissant istimewa mereka.

Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !
Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !

Diasaskan sejak 1988, kafe bakeri tersebut kini mempunyai lebih 4,000 outlet di seluruh dunia tau ! Antara lokasi mereka adalah di Vietnam, Amerika Syarikat, China, Perancis, Kemboja, Singapura, Indonesia dan sudah tentulah Korea Selatan sendiri.

Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !

Paris Baguette Pavilion Kuala Lumpur

Sekarang, anda tak perlu lagi ke Korea Selatan atau ke luar negara sebab jenama terkenal itu akhirnya membuka outlet pertama di Malaysia, hasil kerjasama Berjaya Food Berhad dengan Paris Baguette Singapore PLC.

Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !
Kredit : KL Foodie

Dibuka di Pavilion Kuala Lumpur, kafe berkonsep 'urban' itu membolehkan pelanggan menikmati pastri unik termasuklah roti, kek dan makanan panas serta pencuci mulut berasaskan citarasa Eropah.

Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !
Kredit : KL Foodie
Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !
Kredit : KL Foodie

Jika berkesempatan ke sana, jangan lupa untuk mencuba seleksi menu seperti signature natural yis breadmacarons, cranberry chicken pastry wrap sandwich, pasta aglio olio, kek yogurt strawberi dan donat rangup jumbo Korea.

Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !
Kredit : KL Foodie
Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !
Kredit : KL Foodie

Jangan dilupakan juga signature mushroom soup in bread bowl. Menu sup cendawan yang dihidangkan dengan roti bawang putih ini adalah istimewa dan diperkenalkan khas bagi pasaran Malaysia.

Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !
Kredit : KL Foodie

Paling penting, semua menu itu dihasilkan menggunakan bahan premium dan berkualiti, sekali gus menjanjikan pengalaman terbaik buat pelanggan.

Demi memastikan kualiti yang sama dirasai pelanggan di Malaysia, pekerja bagi cawangan Paris Baguette di Pavilion telah mendapatkan latihan dari Institut Kulinari Kumpulan Berjaya dan juga pasukan dari Korea Selatan selama 2 bulan.

Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !
Kredit : KL Foodie
Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !
Kredit : KL Foodie

Latihan tersebut merangkumi semua aspek termasuk kaedah pembuatan roti dan pastri, penjagaan kualiti serta maklumat berkenaan produk dijual.

Kafe dengan 35 orang pekerja tersebut beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 10 malam. Kebiasaannya ia mula sibuk ketika sarapan pagi, minum pagi (brunch) dan makan tengah hari.

Dah Tak Perlu ke Korea. Paris Baguette Dibuka di Malaysia, Kafe Pertama Punyai Sijil Halal !
Kredit : KL Foodie

Dalam pada itu, kumpulan Berjaya merancang untuk membuka 5 lagi cawangan Paris Baguette di sekitar Lembah Klang sebelum akan meneroka di bandar-bandar lain serata negara.

Kata mereka, walaupun cawangan pertama Paris Baguette Malaysia adalah di Pavilion Kuala Lumpur, orang ramai boleh menjangkakan bahawa cawangan lain akan dibuka di kompleks membeli-belah yang lebih kecil kerana Paris Baguette bukanlah jenama mewah, sebaliknya mampu milik.

Pusat Pembuatan Halal

Pusat pembuatan dan pengedaran bakeri Paris Baguette dengan sijil halal akan dibina dengan keluasan 16,500 meter persegi di Nusajaya Tech Park, Johor bagi kafe tersebut menembusi pasaran makanan halal dengan nilai AS$2 trilion.

Pusat itu akan mengeluarkan kira-kira 100 barangan seperti roti, kek dan pencuci mulut untuk dibekalkan kepada cawangan Paris Baguette di negara Asia Tenggara, termasuk Singapura, Vietnam, Kemboja dan Indonesia serta negara majoriti Muslim di Timur Tengah.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA