HalalXPlorer Logo
05 March 2022

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !

Kongsikan:

Kalau nak makan banyak-banyak hidangan Melayu asli di tengah Kuala Lumpur boleh datang ke Restoran Rebung Chef Ismail yang dimiliki bersama chef selebriti Dato' Chef Ismail dan Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan angkasawan pertama negara.

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM21.20 !
Kredit : Auw ! Juwie

Kalau pergi hotel pun tak dapat buffet makanan melayu asli, dengan harga berpatutan pula. oleh makan sampai pengsan ya, cuma jangan membazir. Allah marah .

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !
Kredit : Restoran Rebung

Untuk sarapan pagi, hanya RM21.20 bagi dewasa & RM 18.00 untuk kanak-kanak. Buffet ini hanya diadakan pada hujung minggu sahaja, bermula jam 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi.

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !
Kredit : Restoran Rebung

Antara menu dihidangkan pada sarapan pagi adalah set nasi lemak, nasi goreng, mee/ kuey teow/bihun goreng, lontong, roti canai & dalca sayur, aneka kuih, ayam goreng berempah, sambal sotong kembang, telur mata, paru goreng, teh tarik, kopi o kampung.

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !
Kredit : Restoran Rebung

Untuk buffet makan tengahari pula disediakan pada setiap hari bermula jam 11:30 pagi sehingga 4 petang. Bayaran yang dikenakan adalah RM50 bagi dewasa, dan RM 35 bagi kanak-kanak.

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !
Kredit : Restoran Rebung

Antara menunya adalah laksa penang, aneka mee berkuah, sup tulang, popiah basah, rojak buah, tauhu sumbat, pecal & kuah kacang, pisang goreng bersama sambal kicap, cucur bawang dengan sos istimewa, keropok lekor, roti jala dengan dalca sayur, ubi rebus dengan kelapa parut,, onde-onde, pulut kuning.

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !
Kredit : Restoran Rebung

Untuk hidangan utama ada nasi ulam, nasi lemak bungkus, ulam-ulaman, aneka sambal, rendang pucuk ubi, asam pedas, daging salai masak lemak cili api, siput sedut masak lemak, patin masak tempoyak, telur itik masak lemak dengan pucuk ubi.

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !
Kredit : Restoran Rebung

Ada juga menu sampingan seperti terung sambal, bergedil, tempoyak daun, ikan masin goreng, telur masin, sambal terung, ikan goreng, paru goreng berlada, tempe sambal jawa dan pelbagai lagi.

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !

Boleh pula cuci mulut dengan aneka kuih melayu, pengat pisang, aneka bubur, pulut durian, dodol, wajik.

Buffet makan malam pula diadakan pada setiap Jumaat & Sabtu sahaja, bermula jam 6:30 petang sehingga 9:30 malam. Bayaran adalah RM70 bagi dewasa & RM50 bagi kanak-kanak.

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !
Kredit : Restoran Rebung

Antara yang istimewa pada waktu malam adalah ada grilled lamb chop, grilled chicken, satay ayam & yong tau foo.

Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !

Kanak-kanak dikira bermula daripada umur 5 sehingga 11 tahun ya. Atas daripada tu dikira dewasa. Berikut merupakan senarai penuh harga dan menu di restoran ini.

Restoran ini juga menyediakan kemudahan tandas, surau, taman yang selesa dan ruang makan tertutup. Boleh nak bawa kumpulan makan bersama. Yang penting buat tempahan dahulu dan sudah lengkap vaksin.

Lokasi

?Restoran Rebung Dato' Chef Ismail, 5-2 Cascade Parking Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA