Bila kita pergi melancong, rugi betul kalau kita tak rasa makanan setempat, kan? Buat apa kalau kita makan hidangan biasa sebab kat tempat kita sendiri pun ada.
Jadi harini kami nak cadangkan satu port makanan tempatan yang anda wajib singgah kalau bercuti di Kuala Terengganu. Boleh datang ke Restoran Singgang Budu untukmenikmati lauk-pauk asli Terengganu.
Restoran ni dah lama wujud, ramai warga tempatan dah tau restoran ni. Cuma, mereka baru saja besarkan lagi perniagaan dan berpindah ke tempat baru. Tempat ni memang selesa sebab besar yaa. Nak bawa geng motor ker, family besar makan sekali pun boleh.
Lokasinya di tengah Bandaraya Kuala Terengganu, dekat jer dengan Pasar Payang. Memang senang sebab anda tak perlu pergi jauh. Kemungkinan besar memang sangat dekat dengan hotel anda menginap nanti.
Disini ada 38 jenis lauk kampung pior dihidang untuk anda! Pilihlah nak makan apa kan. Dah la banyak pilihan, sedap, murah pula tu !
Tapi kalau bawa anak-anak kecil atau memang jenis tak reti makan lauk kampung, haa ada jer makanan lain. Pizza, burger, kerabu, sotong bakar pun ada tauuu !
Kalau kami ke sini, memang terbayang makan nasi panas-panas, kuah singgang ikan, cicah budu. Terbaik ! Baru la nikmat datang ke Terengganu. So, anda kalau ke Terengganu jangan lupa jamu selera disinI !
Alamat
Restoran Singgang Budu, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu