HalalXPlorer Logo
17 June 2021

PKP 3.0 : Protokol keselamatan di lapangan terbang dipertingkatkan

Kongsikan:

Kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara sebagai jalan keluar buat Malaysia dari krisis pandemik COVID-19. Justeru, pelbagai pihak dan agensi harus berganding bahu memberi kerjasama dalam memastikan pelan tersebut berjaya dilaksanakan.

Pejabat MAHB

Terbaru, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengatakan bahawa mereka telah meningkatkan protokol keselamatan lapangan terbang di seluruh negara yang dikendalikan oleh mereka seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dalam menyokong Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia Airports - Wikipedia

Ini adalah wajar kerana lapangan terbang di seluruh negara kekal dibuka untuk menyediakan perkhidmatan penting, ia beroperasi dengan 50 peratus tenaga kerja di terminal untuk pekerja shift sementara kakitangan sokongan yang lain diarahkan untuk bekerja dari rumah untuk meminimumkan risiko jangkitan di saat PKP 3.0 ini.

MAHB akan pertingkatkan prosedur keselamatan sewaktu PKP 3.0
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , Sumber : The Star

MAHB berkata SOP PKP 3.0 yang ditambah baik itu bertujuan membantu negara melandaikan lekuk kes COVID-19 dan menangani penularan pandemik itu.

Antara SOP yang ditambah baik adalah pintu masuk dan keluar terminal telah diubah kepada satu laluan sahaja yang dikawal oleh anggota keselamatan penerbangan MAHB. Mereka akan menjalankan pemeriksaan awal dan hanya membenarkan masuk kepada mereka berisiko rendah yang tercatat dalam aplikasi MySejahtera.

Kakitangan lapangan terbang juga menjalankan rondaan secara kerap di terminal bagi memastikan penumpang dan komuniti di lapangan terbang mematuhi SOP ditetapkan seperti penjarakan fizikal dan penggunakan pelitup muka dengan betul.

– Bernama

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA