Pemain industri pelancongandi Thailand mungkin akan dapat menarik nafas lega tidak lama lagi apabila Perdana Menteri mereka, Prayut Chan-o-cha merancang membuka sempadan negara itu kepada pelancong antarabangsa dalam tempoh 120 hari lagi atau pertengahan oktober 2021 setelah bergelut dengan krisis pandemik COVID-19 selama 2 tahun.
Katanya, sekarang adalah masa untuk mereka melihat ke depan dan mengalu-alukan kedatangan pelancong luar negara datang ke Thailand, secara tidak langsung dapat membantu rakyat yang ketika ini terkesan supaya dapat menjana pendapatan semula.
Prayut juga meminta semua destinasi pelancong utama dibuka sekiranya sudah bersedia dan pelancong asing yang sudah melengkapkan suntikan vaksin tidak perlu menjalani kuarantin lagi serta mereka akan bebas melancong tanpa apa-apa sekatan yang akan dikenakan pada oktober 2021 nanti.
Walaupun mengetahui keputusan membuka sempadan adalah berisiko, namun ia perlu dilakukan setelah mempertimbangkan kelangsungan hidup dan kehidupan rakyat.
Perkara tersebut juga terpakai bagi rakyat Thailand yang berada di luar negara dan warga tempatan yang telah menerima dos vaksin yang lengkap.
Dalam pada itu, Thailand sedang mendapatkan vaksin dengan enam pengeluar vaksin utama iaitu Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Sinovac dan Sinopharm dan telah menempah sebanyak 105.5 juta dos vaksin. Ia dijangka diterima sepanjang tahun ini.