Ada orang mengejar kopi. Ada juga orang mengejar tempat viral. Macamana pula kalau kedai kopi yang viral? Hehe. Mestilah kena pergi kan !
Tambahan pula kalau kedai kopi viral itu berada di sekitar tempat tinggal anda saja, apa tunggu lagi. Kenalah serbu betul tak?
Di sini kami akan senaraikan sembilan kedai kopi tempatan yang sedang viral dan mendapat perhatian daripada orang ramai di sekitar Lembah Klang.
1. Kopi Dua Darjat
Kopi Dua Darjat mempunyai lebih 53 cawangan walaupun baru sahaja bermula operasi ketika Perintah Kawalan Pergarakan (PKP). Jadi, sekarang memang mudah untuk anda singgah di mana saja anda berada.
Kopi 2 Darjat ini dusahakan oleh 2 sahabat iaitu Syed Abdul Hadi Syed Hamzah dan Azad Azmy yang masing-masing berusia 36 dan 37 tahun yang berdepan masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Keistimewaan Kopi Dua Darjat adalah mereka kopi susu (latte) mereka menggunakan kopi kampung yang diperbuat di dalam negara namun diolah dengan cara moden dengan menambah perisa dalam menu seperti sirap, karamel, susu dan vanila. Purata harga bagi setiap menu minuman disini dijual antara RM3 hingga RM6 sahaja.
Berikut harga, jenis kopi dan lokasi yang boleh anda rujuk:
* HARGA:
- Cawan 16oz : RM3 - RM6
- Botol 500ml : RM9 - RM11
* CUSTOM KOPI:
- Tambah kopi : PERCUMA
- Tambah gula : PERCUMA
Bagi peminat kopi yang ingin mencuba Kopi Dua Darjat boleh melayari Facebook: kopiduadarjat dan Instagram: kopiduadarjat atau ke laman web mereka bagi mencari lokasi cawangan yang berdekatan masing-masing.
2. Kopi Saigon
Saigon adalah nama bagi sebuah bandar besar di Vietnam atau dikenali secara rasmi sebagai Ho Chi Minh. Pengambilan nama Kopi Saigon adalah untuk membawa Kopi Vietnam kepada masyarakat Malaysia.
Kopi Saigon menggunakan biji kopi premium jenis Robusta yang berkualiti tinggi dan dijamin halal.
Pati (espresso) Kopi Saigon dihasilkan dengan kaedah ‘dripping’ menggunakan Phin Filter. Teknik ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh masyarakat Vietnam sejak berkurun lamanya. Disebabkan itu jugalah produk Kopi Vietnam mempunyai rasa premium yang sama taraf dengan kualiti Kopi di Vietnam.
Budaya meminum kopi sememangnya dah sinonim dengan rakyat Malaysia, tidak hairanlah kemunculan jenama Kopi Saigon ini selari dengan ‘tekak’ orang kita dan sedikit sebanyak dapat membantu menyemarakkan lagi gelombang kopi Vietnam di Malaysia ini.
Kampung Dato Harun menjadi lokasi bersejarah kerana ianya merupakan lokasi outlet pertama bagi jenama Kopi Saigon. Mula dibuka pada bulan Jun 2021, sehingga kini terdapat tujuh outlet di sekitar Lembah Klang. Hasil bantuan Saigoners daripada komuniti penduduk sekitar Dato Harun / Taman Medan telah Berjaya mengangkat jenama Kopi Saigon sehingga dikenali seantero Malaysia.
Dapatkan produk Kopi Saigon berdekatan anda supaya anda kekal ‘tersaigonisasi’ dan harus diingatkan “Tiada Hari Tanpa Kopi”. Semak lokasi Kopi Saigon disini
3. Kopi Senget
Kafe-kafe lain yang cantik dan gah selalunya buatkan ramai orang tak berani masuk dan tak tahu cara untuk 'order', tetapi kafe ini memang dibuat supaya perasaan takut untuk masuk itu lenyap.
Kafe kecil ini diusahakan oleh seorang graduan UiTM khusus untuk penduduk kampung mula belajar mengenali dan menikmati kopi. Harga pun berpatutan.
Nama Kopi Senget adalah kerana bangunan kafe yang dibina sendiri oleh pemiliknya ini sedikit senget.
Lokasi : Kopi Senget, Lot 239, Batu 11 1/4, Jalan Klang Banting, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
4. Kopi Kisah Kita
Dengan tagline mereka 'Kopi Menusuk Kalbu', Kopi Kisah Kita menjadi tular disebabkan banyaknya penggunaan ayat menarik dalam menu dan juga hiasan di dinding-dinding kafe mereka. Sebagai contoh, ini adalah senarai menu minuman mereka :
Kopi Kisah Kita (Kopi Susu Gula Perang)
Kopi Kenangan Indah (Vanilla Latte)
Kopi Janji Manis (Salted Caramel Latte)
Kopi Harapan Palsu (Tiramisu Latte)
Kopi Jarak Jauh (Hazelnut Latte)
Kopi Nostalgia (Creme Bulee Latte)
Kopi Dua Darjat (Mocha)
Kopi Single (Americano)
Buat masa ini, Kopi Kisah Kita mempunyai 4 cawangan iaitu di Metropoint Kajang, Southville City, MyTown dan Wangsa Walk Mall.
5. Zus Coffee
Kejayaan yang dicipta oleh jenama minuman kopi tempatan ZUS Coffee dalam jangka masa yang singkat memang sangat menakjubkan.
Meskipun hanya baru bermula pada akhir tahun 2019, Zus Coffee telah mempunyai 141 outlet di seluruh Malaysia dan dijangka Zus Coffee akan mempunyai sehingga 180 outlet tahun ini.
Baru-baru ini, Zus Coffee menjadi tular disebabkan kontroversi berkait baki pelanggan sebanyak 5 sen yang tidak dipulangkan. Sebab itu kami masukkan Zus Coffee dalam senarai ini !
Semak 141 outlet Zus Coffee disini