HalalXPlorer Logo
polis terengganu perketat kawalan
18 July 2021

Polis Terengganu perketat kawalan di pintu masuk, elak cubaan rentas negeri secara haram

Kongsikan:

Polis negeri Terengganu mengadakan kawalan ketat di pintu masuk utama ke negeri ini iaitu sempadan Terengganu/Kelantan dan Terengganu/Pahang serta laluan tikus bagi memastikan tiada cubaan rentas negeri secara tidak sah menjelang Aidiladha.

Bagi memastikan kawalan berjalan lancar, pihak polis negeri Terengganu menambah kekuatan anggota di setiap sekatan jalan raya (SJR) iaitu daripada empat kepada enam anggota bermula 8 pagi hari ini.

SJR di kawasan sempadan membabitkan pintu masuk di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Perasing dan Paya Berenjut di Kemaman dan SJR sempadan di Kampung Tok Saboh dan Pacakan di Besut.

Selain itu, pemantauan dan rondaan secara berkala dilakukan di 32 laluan tikus di Besut dan tujuh di Kemaman.

Sumber : Harian Metro

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA