HalalXPlorer Logo
21 June 2021

Kerajaan pertimbang kelonggaran termasuk kebenaran rentas negeri buat mereka yang lengkap dos vaksin COVID-19

Kongsikan:

Kerajaan sedang memperhalusi beberapa kelonggaran termasuk kebenaran untuk merentas negeri kepada mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19.

Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, jawatankuasa kumpulan kerja teknikal yang dianggotai oleh kumpulan pakar kesihatan dan sains akan mengemukakan syor untuk memberi kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebelum ia dimuktamadkan.

Lengkap dos vaksin COVID-19? Kerajaan perhalusi kelonggaran termasuk rentas negeri - Khairy
Khairy Jamaluddin. Gambar fail Astro Awani

Syor itu, katanya akan turut meneliti data-data yang diguna pakai negara-negara yang pada ketika ini memberi beberapa kelonggaran kepada rakyat mereka.

Dalam pada itu, Khairy turut menjelaskan prestasi Malaysia bagi peratusan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 adalah masih kompetitif walaupun negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kanada membolot pembelian vaksin COVID-19,

Menurutnya, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran besar dan maju seperti Jepun, Malaysia tidak jauh ketinggalan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA