Mungkin tak ramai pernah mendengar sebuah rangkaian resort ultra-mewah dan eksklusif iaitu One & Only.
One & Only bukanlah seperti jenama hotel perniagaan yang mudah dijumpai di mana-mana bandar besar atau kawasan pelancongan, sebaliknya One & Only kebiasaannya didirikan di kawasan percutian eksklusif dan penuh privasi.
Antara lokasi resort One & Only adalah di Mauritius, Rwanda, Montenegro, Mexico, Afrika Selatan, Maldives dan Australia.
Tetapi, bermula 6 September 2020, One & Only melebarkan sayap mewah mereka dengan membuka sebuah resort di Desaru Coast.
One & Only Desaru Coast
Terletak di pesisir pantai tenggara Malaysia, di atas pasir pantai seluas 128 ekar di antara flora hutan rimbun dan Laut China Selatan, One&Only Desaru Coast adalah tempat percutian yang menakjubkan di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai 'kampung pokok palma' .
Jika anda mencari tempat percutian yang classy dan eksklusif ataupun sedang mencari tempat honeymoon yang wow, One & Only Desaru Coast adalah jawapannya.
Disini, anda boleh meneroka sisi alam semula jadi Malaysia yang cukup menawan dan tidak pernah anda tahu. Tak cukup dengan itu, terdapat pelbagai juga aktiviti yang disediakan buat pengunjung.
Antaranya adalah spa, yoga, permainan tennis, golf, menerokasi kulinari tempatan, aktiviti kanak-kanak dan pelbagai lagi.
Tiga jenis unit penginapan ditawarkan untuk anda iaitu Rainforest Suite, Ocean Suite dan juga Villa One. Setiap pilihan bilik ini disertakan sekali kolam renang peribadi untuk anda.
Jika anda berminat untuk mendapatkan percutian yang diidamkan di One & Only Desaru Coast ataupun sekadar mahu mengetahui harga per malam, boleh lihat disini
Alamat
?One&Only Desaru Coast, 90,Persiaran Damai, Desaru Coast Bandar Penawar, 81930, Johor Darul Ta'zim