Alhamdulillah Menu Rahmah semakin berkembang, katanya sekarang dah ada 1,142 premis makanan di seluruh negara yang menawarkan Menu Rahmah. Boleh jimat sikit bila bawa anak-anak berjalan. Ini termasuklah inisiatif terbaru dari PLUS yang menyediakan Menu Rahmah di beberapa lokasi Hentian Rehat & Rawat di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan !
Jom singgah dan nikmati Menu Rahmah yang kini tersedia di R&R serta Hentian Sebelah Lebuhraya PLUS dengan harga serendah RM5.
Menu Rahmah ini tersedia untuk set makan tengahari (12 tengahari - 2petang) dan set makan malam (7-9malam) atau selagi stok masih ada di lokasi dan gerai-gerai terpilih iaitu :
- R&R Gelang Parah (Arah Utara & Selatan)
- R&R Machap (Arah Utara & Selatan)
- R&R Pagoh (Arah Utara & Selatan)
- Restoran Jejantas Ayer Keroh
- R&R Ayer Keroh (Arah Utara & Selatan)
- R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan)
- R&R Rawang (Arah Utara)
- R&R Seremban (Arah Utara)
- Restoran Jejantas Sg Buloh (Arah Utara & Selatan)
- R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)
- R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
- R&R Sungai Perak (Arah Utara & Selatan)
- R&R Gunung Semanggol (Arah Utara & Selatan)
- R&R Gurun (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Kulai
- Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Utara)
Menu
Berikut pula adalah menu-menu yang disediakan di setiap gerai.
Nantikan Menu Rahmah di lokasi-lokasi lain akan datang!