HalalXPlorer Logo
kredit ioi city farm
24 August 2022

IOI City Farm Dibuka 25 Ogos ! Sasar 180,000 Pengunjung Setahun

Kongsikan:

Mesti ramai ibu-bapa yang sebenarnya nak bawa anak-anak melawat dan belajar mengenali pelbagai flora & fauna. Lagi seronok kalau anak-anak dapat menyentuh dan membelai haiwan yang dipamerkan.

Tetapi, bila dibawa ke Zoo atau Petting Zoo di luar, selalunya anak-anak mesti panas, cepat berpeluh, kepenatan dan lapar. Akhirnya, tertidur jer dalam stroller. Mak ayah pula yang kena tengok binatang. ?

Tapi, IOI City Mall fasa 2 yang akan mula dibuka kepada awam bermula esok (25 Ogos 2022) akan mempunyai tarikan terbaharu iaitu IOI City Farm !

IOI City Farm Dibuka 25 Ogos ! Sasar 180,000 Pengunjung Setahun

Tarikh pembukaan IOI City Farm ini pun sama juga iaitu 25 Ogos 2022, serentak dengan pembukaan fasa 2 IOI City Mall.

IOI City Farm Dibuka 25 Ogos ! Sasar 180,000 Pengunjung Setahun
Kredit : IOI City Farm

IOI City Farm ini merupakan taman hiburan dan pembelajaran seluaas 18,000 kaki (1,672 meter persegi) dalam pusat beli-belah untuk kanak-kanak mengenal tumbuh-tumbuhan serta haiwan.

IOI City Farm Dibuka 25 Ogos ! Sasar 180,000 Pengunjung Setahun
Kredit : IOI City Farm

Taman yang menelan belanja RM10 juta ini memiliki tiga zon iaitu Greenland, Little Rimba dan Freshwater World.

IOI City Farm Dibuka 25 Ogos ! Sasar 180,000 Pengunjung Setahun
Kredit : IOI City Farm

IOI City Farm merupakan konsep ladang hiburan dan pembelajaran 'indoor' pertama di Malaysia tau ! Yalah, selalunya nak tengok haiwan dan tumbuhan kena pergi ke ladang di luar, kalini pergi masuk mall pula. Memang unik dan belum ada lagi seumpamanya di negara kita ni.

IOI City Farm Dibuka 25 Ogos ! Sasar 180,000 Pengunjung Setahun
Kredit : IOI City Farm

Tarikan ini boleh memuatkan sehingga 250 pengunjung dalam satu-satu masa dan pihak pengurusan IOI City Farm menyasarkan sehingga 180,000 pengunjung dalam tempoh setahun pertama pembukaan.

IOI City Farm Dibuka 25 Ogos ! Sasar 180,000 Pengunjung Setahun
Kredit : IOI City Farm

Pihak pengurusan IOI City Farm menganggarkan pe­ngunjung akan menghabiskan masa antara 45 minit dan satu jam di sini, dengan jangkaan 1,500 hingga 2,000 pengunjung pada hari minggu dan musim cuti persekolahan menjadikan sasaran antara 10,000 dan 15,000 pengunjung sebulan.

IOI City Farm Dibuka 25 Ogos ! Sasar 180,000 Pengunjung Setahun
Kredit : IOI City Farm

Harga Tiket IOI City Farm

Tiket masuk ke IOI City Farm dijual pada RM48 untuk kanak-kanak dan RM37 bagi golongan dewasa untuk hari biasa, manakala pada hari minggu, ia dijual pada RM58 bagi kanak-kanak dan 48 untuk dewasa.

IOI City Farm Dibuka 25 Ogos ! Sasar 180,000 Pengunjung Setahun
Kredit : IOI City Farm
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA