HalalXPlorer Logo
ioi city farm
21 August 2022

IOI City Farm, Tarikan Akan Datang di IOI City Mall Fasa 2

Kongsikan:

IOI City Mall fasa 2 khabarnya akan mula dibuka kepada awam pada 25 Ogos 2022 sekaligus menjadikan kompleks membeli-belah IOI City Mall sebagai kompleks membeli-belah terbesar di Malaysia mengatasi 1 Utama dengan keluasan keseluruhan kira-kira 2.5 Juta Kaki Persegi.

Antara tarikan utama di fasa 2 IOI City Mall adalah AEON, Proton, Nitori, MajuHome, GSC, IOI Grand Hall dan juga IOI City Farm.

IOI City Farm

IOI City Farm, Tarikan Akan Datang di IOI City Mall Fasa 2

Menarik perhatian kami adalah IOI City Farm iaitu satu pusat pameran 'Edutainment' tertutup berkeluasan 18,000 kaki persegi di aras 2.

Walaupun berada di dalam kompleks membeli-belah, IOI City Farm akan membawa pengunjung untuk merasai pengalaman ladang di luar (outdoor).

Tarikan seisi keluarga ini akan membawa pengunjung untuk mempelajari berkaitan flora & fauna, ia terdiri dari 3 zon berbeza bagi pengunjung memerhati serta berinteraksi dengan lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan dan kehidupan marin. Zon-zon tersebut adalah :

Green Land ? (Zon Tumbuhan): memaparkan akuaponik dan tumbuhan karnivor

IOI City Farm, Tarikan Akan Datang di IOI City Mall Fasa 2
Kredit : IOI City Mall

Little Rimba ?​ (Zon Haiwan): menampilkan haiwan peliharaan comel seperti sugar glider, landak, arnab dan musang fennec

IOI City Farm, Tarikan Akan Datang di IOI City Mall Fasa 2
Kredit : IOI City Mall

Dunia Air Tawar ?​ (Zon Akuatik): mempamerkan sturgeon besar dan arapaima dari Amazon.

IOI City Farm, Tarikan Akan Datang di IOI City Mall Fasa 2
Kredit : IOI City Mall

Pelawat juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang bersifat pendidikan dan memberi pengalaman ini termasuk petting zoo, menunggang kuda, memasak dan kelas induk bantu diri .

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA