HalalXPlorer Logo
royal floria putrajaya 2024
23 August 2024

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !

Kongsikan:

Kalau ada yang masih belum tahu, sekarang sedang berlangsung Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya, atau nama popularnya 'Royal Floria Putrajaya 2024' dari 22 Ogos 2024 - 1 September 2024 nanti.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Antara Dekorasi di Floria Putrajaya 2024

Kami sempat juga jengah di hari pertama, jadi ini yang boleh kami kongsikan.

1. Lokasi Royal Floria Putrajaya 2024

Lokasi Royal Floria Putrajaya 2024 ini bukan di Anjung Floria Presint 4, nampak di sana macam ada construction.Bukan juga di Taman Botani Putrajaya.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Peta Tapak Royal Floria Putrajaya 2024

Tetapi, di lokasi baru iaitu di Persisiran Tasik Presint 2 berdekatan Monumen Alaf Baru dan juga McDonald Putrajaya. Please Alert berkenaan lokasi baharu ini ya.

2. Parking Royal Floria Putrajaya 2024

Perkara baik, Parking percuma. Ada 1000 tempat letak kenderaan tapi 300 untuk urusetia dan VIP. Jadi, tinggal sekitar 700.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Antara Lampu Yang Mewarnai Royal Floria Putrajaya 2024

Boleh ditambah baik, kalau ada tuan RELA boleh jaga di kawasan parking lebih baik sebab parking di tanah kosong tanpa lot/petak, ada kereta yang parking agak jarak antara satu sama lain, pembaziran ruang. Sayang.

3. Cara Pergi ke Royal Floria Putrajaya 2024

Mungkin hujung minggu nanti sangat ramai orang dan jalan sesak. Perkara baiknya, ada mod pengangkutan tambahan. Anda boleh naik shuttle bus atau water taxi .

Ada 9 jeti checkpoint iaitu Taman Botani, Kelab Tasik Putrajaya, Cruise Tasik Putrajaya, Zenith Hotel, Monumen (Lokasi Floria), JAKIM, Anjung Floria dan Marina Putrajaya.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Peta Lokasi Jeti Bagi Water Taxi di Putrajaya

Jadi, letak kenderaan anda di lokasi berikut kemudian sambung perjalanan menggunakan Water Taxi. Tambang RM1-RM5. Rujuk gambar untuk jadual, tambang dan lokasi jeti water taxi.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Kadar Tambang Teksi Air Putrajaya
Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Jadual Water Taxi Putrajaya
Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Jadual Water Taxi Putrajaya

Kelebihan naik water taxi, anda akan masuk ke Tapak Floria melalui pintu belakang dari monumen alaf baru, jadi tak perlu bersesak dengan pengunjung menggunakan kereta yang akan masuk melalui pintu utama.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Rumah Hobbit Adalah Antara Tarikan Utama Royal Floria Putrajaya 2024

Shuttle Bus percuma pula 30 minit sekali, dari Putrajaya Sentral dan sebaliknya. Tapi nanti masuk ke Floria guna pintu sama dengan pengunjung lain ya. Boleh ditambah baik, kekerapan bas 10-15 minit sekali.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Orang Ramai Tidak Melepaskan Peluang Bergambar di Royal Floria Putrajaya 2024

Berikut adalah video dari pihak Perbadanan Putrajaya berkenaan perkhidmatan shuttle bus percuma.

@perbadananputrajaya

Jom ke Royal Floria Putrajaya 2024 dengan menaiki Shuttle Bus secara PERCUMA! Tak perlu fikir susah-susah nak fikir pasal parking atau traffic jammed, naik je Shuttle Bus yang disediakan. 7 hari saja menjelang Royal Floria Putrajaya. Anda bersedia?? #RoyalFloriaPutrajaya2024 #RFP24 #raikanbersama #MalaysiaMadaniJiwaMerdeka #MonumenAlafBaru #putrajaya #perbadananputrajaya

♬ original sound - Perbadanan Putrajaya - Perbadanan Putrajaya

4. Harga Tiket Royal Floria Putrajaya 2024

Tiket boleh dibeli online, tapi kalau nak beli tiket di kaunter pun boleh. Kaunter ada di kawasan Food Fest seberang jalan pintu masuk utama. Cashless sahaja ! Harga tiket Royal Floria Putrajaya 2024 adalah :

Jenis TiketHarga (RM)
Dewasa (Warganegara)RM10
Kanak-Kanak (Warganegara)RM5
Dewasa (Bukan Warganegara)RM30
Kanak-Kanak (Bukan Warganegara)RM25

Perkara baik, Harga tiket lebih murah. Kalau tak salah, edisi 2022 harga tiket adalah RM15 bagi dewasa. Tapi edisi kali ini hanya RM10 per dewasa. Lebih murah. Tetapi, adalah kekurangannya.

5. Kawasan Lebih Lapang

Kami tak pasti, dari segi saiz tapak adakah lebih kecil atau lebih besar berbanding sebelum ini. Yang pasti, edisi kali ini kawasan pameran lebih 'lapang', tidak terlalu padat dan 'cramp' dengan pameran, lebih banyak ruang untuk berjalan.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Antara Dekorasi di Floria Putrajaya 2024

Sebagai perbandingan, edisi 2022 ada 61 taman hasil usaha agensi & jabatan kerajaan serta swasta. Waktu weekend memang susah nak berjalan sebab berhimpit dengan orang dan kawasan yang padat. Edisi kali ini hanya ada sekitar 30 taman.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Antara Dekorasi di Floria Putrajaya 2024

Selain itu, pameran lain seperti pameran orkid, bonsai dan terrarium pun pada skala yang lebih kecil berbanding sebelum ini.

6. Sediakan Payung Sebelum Hujan

Perkara baik, edisi kali ini lebih banyak 'water mist' untuk tumbuhan dan bunga yang akan terkena sekali pengunjung. Jadi, kawasan agak sejuk dan kurang bahang panas. Tambah pula bila ramai orang nanti. Tapi, kalau anda boleh bawa portable fan lebih baik !

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Antara Dekorasi di Floria Putrajaya 2024

Kalau anda pilih untuk datang pada waktu petang atau malam, pastikan bawa siap-siap payung, baju hujan dan sebagainya sebab sekarang musim hujan !

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Antara Dekorasi di Floria Putrajaya 2024

7. Wheelchair & Stroller

Kawasan keseluruhan agak landai, jadi nak bawa wheelchair atau stroller boleh jer untuk tengok-tengok. Cuma, nak masuk ke kawasan taman secara spesifik susah sikit. Ada taman yang berlantaikan batu, kayu dan pelbagai lagi.

8. Surau

Ada 2 surau. Surau sementara pakai khemah saja, tapi perkara baiknya ada portable aircond.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !
Surau di Floria Putrajaya 2024

Boleh ditambah baik oleh urusetia, spread sikit surau. Instead kedua-dua surau di arah kiri tapak, mungkin lepas ni boleh letak satu di kanan tapak, satu di kiri tapak.

Nak Pergi Royal Floria Putrajaya 2024 ? Ini Yang Anda Perlu Tahu !

9. Food Fest

Food fest ada di hadapan pintu masuk. Perkara baik, food fest kali ini lebih banyak gerai dan variasi makanan berbanding sebelum ini. Cuma, tempat duduk ada 300 saja. Itu boleh ditambah baik.

3 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA