Melancong ke negara Thailand adalah salah satu 'rutin' pelancong Malaysia. Kalau ke Hatyai tu, boleh kata kerap sangat kan ? Sampai setiap kali kita berjalan-jalan di Hat Yai pasti nampak muka orang Malaysia jer.
Kalau Hat Yai pun dah best, apatah lagi Bangkok yang merupakan ibu negara kan ? Tapi itulah, Bangkok ni jauh sangat dan nak pergi ke sana pun agak sukar.
Tapi, jangan risau sebab baru-baru ini Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menyambung semula perkhidmatan kereta api terus antara Bangkok, Padang Besar dan Butterworth.
Rancangan itu dipersetujui secara prinsip oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan juga State Railway of Thailand (SRT) yang merupakan pengendali perkhidmatan keretapi Thailand semasa Persidangan Bersama KTMB-SRT ke-42 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.
Susulan itu, satu jawatankuasa bersama akan ditubuhkan untuk mempertimbangkan pembukaan semula laluan kereta api dari Bangkok Central Station–Padang Besar dan akhirnya akan tamat di Stesen Butterworth.
Fasa awal akan melibatkan percubaan operasi selama enam bulan. Harap-harap sambutan menggalakkan dan semuanya berjalan lancar untuk operasi tersebut diteruskan lagi.
SRT dan KTMB turut bersetuju mempromosikan pelancongan dengan memperluaskan laluan kereta api persiaran percutian Malaysia, My Sawasdee yang kini berakhir di Hat Yai untuk dilanjutkan sehingga Surat Thani pada tarikh yang akan dibincangkan kemudian.
Kami memang tak sabar nak tunggu operasi tren ini. Walaupun kemungkinan perjalanan lebih lama disebabkan tren SRT lebih perlahan, namun pastinya dapat jimatkan bajet. Sekarang, nak pergi ke Padang Besar menggunakan perkhidmatan ETS pun boleh tahan juga mahalnya hehe.