HalalXPlorer Logo
cruise tasik & water taxi putrajaya free percuma
23 August 2024

Water Taxi & Cruise Percuma di Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan

Kongsikan:

Perkhidmatan teksi air dan 'cruise' tasik akan disediakan secara percuma sebagai salah satu medium pengangkutan untuk orang ramai menghadiri acara sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Perkhidmatan itu akan diberikan secara percuma bermula jam 5 pagi 31 Ogos 2024 sehingga tengahari pada hari yang sama.

image
Perkhidmatan Water Taxi Putrajaya. Kredit : Cruise Tasik Putrajaya

Pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan secara percuma itu boleh menaiki teksi air di 5 jeti utama iaitu Monumen, Anjung Floria, Kelab Tasik Putrajaya, dan Ayer 8. Manakala, pengunjung yang menaiki 'cruise' tasik pula akan bermula dan berhenti di Jeti Marina.

image
Jeti Anjung Floria. Kredit : Cruise Tasik Putrajaya
image
Jeti Kelab Tasik Putrajaya. Kredit : Cruise Tasik Putrajaya
image
Jeti Monumen. Kredit : Cruise Tasik Putrajaya

Tiga kawasan parkir utama turut disediakan, iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang boleh memuatkan hingga 1,200 kenderaan, sekitar Taman Botani dan Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, serta Putrajaya Sentral.

80 bas ulang-alik membabitkan 40 bas dua tingkat dan 40 bas setingkat turut disediakan. Pengunjung disarankan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam kerana pada tahun ini 'core island' akan ditutup keseluruhannya.

Kapasiti tempat duduk awam pada acara sambutan itu juga ditambah kepada 8,000, tahun ini, berbanding 4,000 pada tahun lalu bagi membolehkan orang ramai menyaksikan pelbagai persembahan, termasuk perarakan aset dan kontinjen.

Bagi pengunjung yang mula 'berkampung' pada malam sebelum acara sambutan, dua lokasi menjual makanan disediakan seawal jam 8 malam, iaitu di kawasan bangunan Suruhanjaya Tenaga dan Tapak Royal Floria Putrajaya yang menghimpunkan sekitar 162 peniaga, serta dua lokasi trak makanan bergerak di Lebuh Bestari dan Jalan Kemerdekaan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA