HalalXPlorer Logo
tips jimat bila melancong
02 August 2023

Ini Dia 4 Cara Untuk Kekal Jimat Ketika Travel !

Kongsikan:

Melancong terutamanya ke luar negara memang menjadi impian semua orang. Tetapi, untuk travel kadang-kadang memerlukan kos yang tinggi buat ramai menyimpan angan-angan.

kali ini, kami akan kongsikan 4 cara untuk kekal jimat ketika travel.

1. Tempah Awal

Pastikan anda membuat perancangan dan menempah awal bagi penerbangan, ataupun hotel. Tambah-tambah pula di tarikh-tarikh cuti sekolah. Tentunya ramai yang turut merancang percutian. Permintaan yang ramai ini akhirnya akan membuatkan pihak syarikat penerbangan dan ejen pelancongan menaikkan harga mereka.

Ini Dia 4 Cara Untuk Kekal Jimat Ketika Travel !

Jadi, tempah awal ! Orang kata, awai tak kalut !

2. Pilih Hotel Bajet Ataupun Hostel

Jika anda bujang atau melancong bersama rakan-rakan, mungkin boleh jadikan hostel sebagai penginapan anda. Buat keluarga pula, pilih hotel bajet yang selesa.

Ini Dia 4 Cara Untuk Kekal Jimat Ketika Travel !

Bukannya apa, kita melancong ini bukannya nak duduk dalam bilik sangat, menumpang tidur saja. Jadi, kalau dapat tempat tidur yang murah dah okay dah. Yang penting bersih, ada keperluan asas, dan kemas.

3. Pergi Tanpa Tour Guide

Sekarang ini dunia di hujung jari saja, kalau kita perlu untuk buat 'research' sebelum melancong, boleh sahaja google, tengok video tiktok, baca blog dan sebagainya.

Ini Dia 4 Cara Untuk Kekal Jimat Ketika Travel !

Jimat duit berbanding menggunakan perkhidmatan 'travel agent'.

4. Ambil Maklum Berkenaan Kadar Pertukaran Wang Asing

Peka dengan kadar pertukaran wang asing yang sebenar, dengan ini kita boleh memilih ejen pengurup wang yang lebih berbaloi !

Ini Dia 4 Cara Untuk Kekal Jimat Ketika Travel !
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA