GSC Cinemas, sebuah rangkaian pawagam ulung di Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan operasi salah satu cawangan mereka iaitu di GSC Alamanda Putrajaya bermula 14 Ogos ini. Sehubungan dengan itu, tayangan filem terakhir di pawagam tersebut adalah pada 13 Ogos nanti.
“15 tahun sejak kami membuka pintu pada 5 April 2008, kami diberi penghormatan untuk berkongsi banyak detik yang tidak dapat dilupakan bersama anda.
“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi selama ini. Senyuman, helaan nafas, tawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di hati kami,” petik kenyataan GSC Cinemas.
GSC Cinemas menjemput orang ramai untuk meneruskan sokongan dengan menonton pawagam GSC terdekat yang berada di IOI City Mall 1 & 2. Mungkin anda boleh menggunakan promosi ini bagi menonton filem kegemaran di GSC.