HalalXPlorer Logo
18 March 2022

Menteri Jamin Terawih Boleh Diadakan Berjemaah Meskipun Kes COVID-19 Meningkat

Kongsikan:

Tak sampai sebulan lagi, umat Islam di seluruh dunia akan dapat menyambut bulan mulia, Ramadhan yang ditunggu-tunggu setahun sekali.

Antara perkara yang paling kita nantikan pastinya adalah solat sunat terawih berjemaah di masjid atau surau yang sememangnya ada dan khusus pada bulan Ramadhan sahaja. Jadi rugilah kalau kita tidak mengambil kesempatan ini kan.

Tetapi, pada masa yang sama ramai juga risau dapatkah kita menunaikan solat terawih secara berjemaah kelak memandangkan situasi terkini kes harian COVID-19 di Malaysia yang menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini.

Teka-teki akhirnya terjawab apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad memberi jaminan sembahyang sunat Terawih dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara pada bulan Ramadhan ini.

Menteri Jamin Terawih Boleh Diadakan Berjemaah Meskipun Kes COVID-19 Meningkat

Idris berkata pelaksanaan sembahyang Terawih berkenaan akan dilaksanakan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) lebih longgar yang akan diumumkan kelak.

Menurutnya setakat ini SOP itu masih belum diputuskan, namun operasi masjid akan berjalan seperti biasa meskipun ketika ini situasi Covid-19 dalam negara masih mencatatkan angka melepasi 20,000.

"SOP nanti akan agak longgar, bergantung kepada keadaan semasa. Kita akan ikut nasihat daripada KKM (Kementerian Kesihatan ) dan buat panduan Tarawih dari situ,"

Menurutnya SOP dikeluarkan KKM itu akan dibincangkan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri untuk tindakan selanjutnya mengikut negeri masing-masing.

"Insya-Allah imarah masjid tahun ini akan berjalan. Kita doa kepada Allah supaya Covid-19 (penularan) tidak serius. Kalau semakin teruk, kita akan ikut nasihat KKM dan bila sudah ada SOP baru, kita akan jaga elok-elok," katanya.

Sumber : Bernama

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA