HalalXPlorer Logo
proses mudah renew passport
25 January 2025

Tak Sampai 10 Minit ! Ini Cara Mudah Nak Renew Passport

Kongsikan:

Tak sampai 10 minit pun dah boleh ambil pasport baru hari ini! Nak tahu macam mana prosesnya? Jom saya kongsikan step by step, daripada permohonan online hingga ke proses ambil pasport.


Langkah 1: Sediakan Gambar Pasport

Gambar pasport adalah dokumen penting. Anda boleh ambil di kedai gambar atau edit sendiri latar belakang gambar. Berikut adalah syaratnya:

  • Tudung gelap
  • Latar belakang putih
  • Solekan natural
  • Senyum tanpa gigi
  • Jangan pakai kanta lekap berwarna
  • Pastikan rambut atau tudung tidak menutupi muka

(Masih ragu-ragu? Nana pilih ambil di kedai gambar untuk keselamatan.)


Langkah 2: Permohonan Online

  1. Layari laman web https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport.
  2. Isi maklumat peribadi, upload gambar, pilih lokasi untuk ambil pasport, dan buat bayaran:
    • Renewal biasa: RM200
    • Warga emas: RM100
  3. Pastikan anda tekan SAVE RESET sebelum submit permohonan.

Tips: Pilih lokasi pejabat imigresen yang paling dekat untuk memudahkan urusan.


Langkah 3: Tunggu Email Kelulusan

Selepas submit, tunggu email daripada Jabatan Imigresen. Untuk kes Nana, kelulusan hanya mengambil masa 30 minit sahaja!


Langkah 4: Bawa Dokumen Ke Pejabat Imigresen

Selepas permohonan diluluskan, print resit bayaran dan bawa bersama dokumen berikut:

  • Resit bayaran
  • Pasport lama
  • Kad pengenalan

Jika tak sempat print, kebanyakan UTC ada kaunter printing.


Langkah 5: Serahkan Dokumen & Tunggu Panggilan

  1. Sampai di pejabat imigresen, tak perlu ambil nombor. Letakkan resit bayaran di tray kaunter serahan pasport (contoh: UTC KK di kaunter 11).
  2. Tunggu nama anda dipanggil. Walaupun ada notis 1 jam untuk siap, pasport Nana hanya mengambil masa kurang dari 10 minit untuk diproses.

Kelebihan Renew Online

  • Tidak perlu beratur panjang untuk bergambar.
  • Masa proses lebih pantas.
  • Hanya tinggal collect selepas permohonan diluluskan.

Untuk Nana yang berada di Kudat, ini sangat memudahkan kerana pasport siap serta-merta jika buat di KK. Kalau anda ingin urusan cepat dan mudah, inilah cara terbaik untuk renew pasport anda.

Selamat mencuba!

Perkongsian: Wan Nurdiana (FB)

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA