Pihak Cruise Tasik Putrajaya menawarkan harga istimewa bagi sightseeing cruise bersempena dengan pameran Orkid Putrajaya 2023.
Promosi yang menawarkan potongan harga tiket sehingga 40% tersebut sah dari 14-20 Disember 2023.

Water Taxi Putrajaya
Memperkenalkan Teksi Air Putrajaya, perkhidmatan pengangkutan awam terkini di sepanjang Tasik Putrajaya untuk kemudahan anda. Lebih mudah dan pantas untuk anda pergi ke setiap destinasi menarik di Putrajaya !

Berbeza dengan perkhidmatan 'sight seeing cruise', Putrajaya Water Taxi menggunakan bot dan penumpang bebas untuk naik dan turun di mana-mana stesen di sepanjang laluan.
Jadi, bagi mengelakkan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, atau tempat meletak kenderaan yang jauh, anda boleh menggunakan alternatif water taxi bagi menuju ke stesen Taman Botani Putrajaya.

