HalalXPlorer Logo
orkid putrajaya 2023
22 December 2023

Nak Jalan-Jalan ke Orkid Putrajaya 2023 ? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu !

Kongsikan:

Orkid Putrajaya 2023, sebuah festival yang julung kali diadakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) mempamerkan lebih 600 spesies anggerik berwarna warni mula diadakan selama 7 hari bermula 14 disember 2023 hingga 20 disember 2023 nanti bertempat di Taman Botani Putrajaya, Presint 1, Putrajaya ! Berikut adalah peta lokasi Orkid Putrajaya 2023.

Festival Orkid Putrajaya 2023 Kini Berlangsung ! Jangan Lupa Bawa Keluarga Sempena Cuti Sekolah

Kawasan Letak Kenderaan

Orkid Putrajaya 2023 diadakan di Taman Botani Putrajaya yang mempunyai kawasan letak kenderaan yang agak terhad. Sebagai alternatif anda boleh meletakkan kenderaan anda di Parkir Awam Taman Putra Perdana, Parkir Awam Dataran Putra, dan juga Parkir Awam B13 seperti gambar di bawah.

Nak Jalan-Jalan ke Orkid Putrajaya 2023 ? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu !

Perkhidmatan Bas Perantara

Walaupun kedudukan tempat letak kenderaan tersebut agak jauh dan bukannya dalam jarak berjalan kaki ke Taman Botani Putrajaya, anda tak perlu risau sebab pihak penganjur dah menyediakan bas perantara secara percuma dari kawasan-kawasan berikut ke Taman Botani Putrajaya !

Nak Jalan-Jalan ke Orkid Putrajaya 2023 ? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu !

Bas perantara yang disediakan percuma ini akan beroperasi dari 7:45 pagi hingga 10:30 malam sepanjang acara ini berlangsung.

Nak Jalan-Jalan ke Orkid Putrajaya 2023 ? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu !

Antara lokasinya ialah di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Parkir Awam Taman Putra Perdana, Parkir Awam Laman Perdana dan Parkir Dataran Putra.  

Nak Jalan-Jalan ke Orkid Putrajaya 2023 ? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu !
Nak Jalan-Jalan ke Orkid Putrajaya 2023 ? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu !

Tiket dan Bayaran

Buat pengetahuan anda, tiada tiket dikenakan dan kemasukan ke Orkid Putrajaya 2023 adalah percuma sahaja !

Tema Pameran

Acara dengan tema "Pesona Anggerik" itu membolehkan pengunjung menimba satu pengalaman baru yang memukau kerana dapat melihat di depan mata ratusan orkid berwarna warni dan ada yang mencecah harga puluhan ribu ringgit. Ada juga orkid yang didatangkan dari pelbagai negara seperti Indonesia, Singapura, Filipina, Vietnam, Brunei, Thailand dan Jepun.

Festival Orkid Putrajaya 2023 Kini Berlangsung ! Jangan Lupa Bawa Keluarga Sempena Cuti Sekolah

Terdapat beberapa komponen tema taman, antaranya Vertical Wall, Orchid Mountain, Orchid Canopy Bridge, Petunia Tower dan Mokara Mural.

Tarikan Menarik Orkid Putrajaya 2023

Di galeri tertutup pula, pengunjung dapat melihat lebih 20 jenis orkid VVIP yang dinamakan sempena kerabat diraja dan orang kenamaan, antaranya Orkid Papillonanda Sultan Idris Shah, Holttumara Tuanku Zara, Renanthera Kalsom dan Phalaenopsis Do Bru Queen Saleha. Paling mencuri tumpuan ialah sejenis spesies hibrid orkid baharu, Dendrobium Dr Wan Azizah, sempena nama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hibrid orkid itu dikatakan didaftarkan dengan persatuan Royal Horticultural Society (RHS), London. Ia dihasilkan daripada kacukan Dendrobium Penang Little Magic sebagai induk betina dengan Dendrobium Seah Koko sebagai induk jantan. Hibrid orkid baharu ini mengeluarkan bunga berlatarkan warna coklat dan lima sepal berbentuk keriting dengan labellum bunga berwarna coklat kemerahan dengan warna putih di tengah.

Festival Orkid Putrajaya 2023 Kini Berlangsung ! Jangan Lupa Bawa Keluarga Sempena Cuti Sekolah
Kredit Gambar : Wilayahku

Setangkai spesies bunga berkenaan boleh mengeluarkan 15 hingga 20 kuntum bunga yang mampu bertahan lebih sebulan di pokok.Keratan bunganya bertahan lebih dua minggu dan hibrid ini amat sesuai digunakan sebagai bunga pameran dan hiasan kerana keunikan bentuk bunga yang kerinting dan rajin berbunga.

Sempena Orkid Putrajaya 2023, penganjur turut mengadakan pameran bonsai. Ia sebagai "showcase" sebelum Pameran Bonsai Sedunia ke-10 yang akan diadakan di Pavillion Bukit Jalil dari 28 hingga 31 Ogos 2026 nanti.  

Orkid Putrajaya 2023 turut mempertandingkan 12 kategori Pertandingan Orkid yang mempertaruhkan lima anugerah merangkumi 16 trofi kejuaraan iaitu Grand Champion, Runner Up, Best Species, Best Malaysian Hybrid serta Best In Section.

Festival Orkid Putrajaya 2023 Kini Berlangsung ! Jangan Lupa Bawa Keluarga Sempena Cuti Sekolah

Dalam masa sama, Pertandingan Terrarium yang bertemakan Pesona Alam turut diadakan dengan 20 penyertaan jemputan bagi kategori terbuka iaitu sekolah-sekolah menengah di Putrajaya serta rakan perkongsian pintar seperti Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Fakulti Reka Bentuk & Sen Bina Universiti Putra Malaysia (UPM) dan KrisPutra. 

Tarikan Lain

Selain pameran fauna, turut disediakan adalah 40 gerai jualan makanan dan minuman di sebuah zon dikenali Coffee Village@Orkid Putrajaya. Anda boleh menikmati pelbagai  jenis kopi, Nasi Daging Danok, Apam Balik Seri Menanti, Yong Tau Foo, Kopi Gantung Perlis, Mojito, Kopi Jepun, keropok lekor, kambing panggang, doki-doki selain 10 trak makanan di kawasan bersebelahan.

image 61

Jika mahu membeli belah, penganjur menyediakan 27 lot gerai jualan Garden Bazaar terdiri daripada jualan orkid, air plant, hoya, fern, aeroid, cactus dan succulent serta tanaman landskap lain seperti ros, bunga raya, pokok buah, heliconia, buah nadir dan baja.

Untuk kanak-kanak, jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan mewarna pada 16 dan 17 Disember 2023 selain persembahan busker dan perkhidmatan Water Taxi & Cruise yang disediakan dengan harga tiket promo sehingga 40 peratus. 

Sukarelawan Sedia Membantu

Bagi melengkapkan kemudahan sempena Orkid Putrajaya 2023, pasukan sukarelawan khas dari Yayasan Sukarelawan Siswa, KPN dan Ekorelawan UKM bersedia membantu jika anda menghadapi sebarang masalah sepanjang di Taman Botani, Putrajaya.

Festival Orkid Putrajaya 2023 Kini Berlangsung ! Jangan Lupa Bawa Keluarga Sempena Cuti Sekolah

Maklumat Lanjut

Orang ramai boleh layari media sosial Facebook @Perbadanan Putrajaya; Twitter @putrajayacorp; Instagram, YouTube dan TikTok @perbadananputrajaya serta melalui laman sesawang PPj di www.ppj.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Orkid Putrajaya 2023. 

Orkid Putrajaya 2023 yang berlangsung selama tujuh hari bermula 14 Disember 2023 menyajikan pameran pelbagai spesies orkid khas untuk penggemar bunga-bungaan di negara ini dan menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung sepanjang program itu.

Orkid Putrajaya 2023 diadakan sempena cuti sekolah ini bagi membolehkan orang ramai membawa keluarga, saudara mara dan rakan-rakan ke pameran tersebut dan kemasukan adalah percuma selain mahu memperkenal dan mempamerkan koleksi spesies orkid khas, jarang ditemui dan unik yang terdapat di Malaysia.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA