Baru sahaja selesai proses renew pasport dan rasanya sangat mudah! Tak sampai 10 minit pun dah boleh ambil pasport baru. Nak tahu macam mana? Jom saya kongsikan langkah demi langkah dari proses permohonan online sehinggalah proses pengambilan pasport baru.
1) Sediakan Gambar Ukuran Pasport
Untuk permohonan pasport, anda perlu menyediakan gambar pasport yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Anda boleh ambil gambar di kedai gambar atau jika mahu lebih fleksibel, anda boleh ambil gambar sendiri dan edit latar belakang.
Syarat gambar pasport:
- Tudung gelap
- Latar belakang putih
- Makeup semulajadi
- Senyum tanpa gigi
- Jangan gunakan lens berwarna
- Elakkan rambut atau tudung menutupi kawasan muka
Untuk keselamatan, saya lebih selesa mengambil gambar di kedai gambar.
2) Permohonan Online
Selepas gambar siap, buka laman web untuk permohonan pasport di sini:
https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
Isi maklumat peribadi, muat naik gambar, pilih lokasi pengambilan pasport dan buat pembayaran untuk renewal (RM200). Jika anda warga emas, bayar hanya RM100. Pastikan anda SAVE dan RESET selepas mengisi data.
3) Tunggu Kelulusan
Setelah permohonan dihantar, tunggu email kelulusan dari Jabatan Imigresen. Saya dapat kelulusan dalam masa 30 minit sahaja!
4) Bawa Resit Bayaran ke Pejabat Imigresen
Apabila permohonan lulus, print resit bayaran dan bawa bersama ke pejabat imigresen yang anda pilih untuk ambil pasport. Kalau di UTC KK, ada juga kaunter printing di entrance bangunan jika anda terlupa untuk print.
Dokumen yang perlu dibawa:
- Resit bayaran
- Pasport lama
- Kad pengenalan
5) Pengambilan Pasport
Setibanya di pejabat imigresen, tidak perlu ambil nombor giliran. Cukup letakkan resit bayaran di “tray” counter serahan pasport (contohnya di UTC KK kaunter 11).
Walaupun ada notis mengatakan pasport akan siap dalam masa 1 jam, jangan risau! Saya hanya tunggu sekejap, tak sampai 10 minit, nama saya dipanggil dan pasport baru sudah pun siap.
Senang kan? Inilah cara paling mudah dan cepat untuk renew pasport. Saya yang berada di Kudat pun boleh buat permohonan online, kemudian pergi ambil pasport tanpa perlu beratur panjang atau menunggu lama. Tak perlu lagi ke kaunter untuk bergambar atau beratur lama. Semuanya jadi mudah!
Jika anda ada di kawasan sekitar, lebih baik buat permohonan online dan ambil pasport di UTC terdekat. Pengalaman saya sangat memuaskan, dan pastinya sangat efisien!
Perkongsian: Wan Nurdiana (FB)