World Of Phalaenopsis
Kalau korang peminat bunga atau suka tempat yang tenang, taman ini adalah destinasi wajib singgah. World Of Phalaenopsis ialah sebuah taman bunga yang menempatkan pelbagai jenis orkid cantik dengan warna-warna yang memukau. Nak bawa mak jalan-jalan? Confirm dia suka!
Tarikan Utama
Yang paling menarik di sini adalah sebuah kafe rahsia yang tersembunyi di dalam taman ini – Florescence Cafe. Kafe ini dikelilingi kehijauan dan terletak bersebelahan dengan sebuah tasik. Korang boleh menikmati makanan sambil melihat pemandangan yang indah. Suasananya sangat menenangkan, sesuai untuk lepak santai atau bawa keluarga.
Keunikan Taman
Orkid yang ada di sini memang istimewa kerana terdapat pelbagai jenis dan warna. Korang boleh cuci mata dengan keindahan bunga-bunga ini. Selain itu, suasana taman ini juga sangat Instagrammable, jadi jangan lupa ambil gambar!
Alamat:
Lot 1017, Kampung Sungai Kamin, Ulu Yam, Batang Kali, Selangor
Waktu Operasi:
Setiap hari, 9 pagi – 5 petang
Kalau korang cari tempat yang santai dengan pemandangan cantik, World Of Phalaenopsis di Ulu Yam adalah pilihan terbaik!