HalalXPlorer Logo
tips bawa anak kecil bercuti di pulau
09 February 2023

Wanita Ini Kongsikan Keperluan Bila Bercuti ke Pulau Bila Bersama Anak Kecil

Kongsikan:

Pasti ramai ibu-bapa merancang untuk membawa anak kecil bercuti di pelbagai tempat termasuklah ke pulau. Namun, banyak kerisauan dan persoalan bermain di minda membantutkan hasrat. Mungkin anda boleh baca perkongsian dari Puan Madihah Young ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat anda.


Sorry, long post. Very long. Banyak yang bertanyakan okay tak pergi bercuti ke Pulau Mabul haritu.

1. Tak takut kena culik lanun ke?
2. Selamat ke bawa anak kecil?

Soalan 1, jangan dan tak perlu risau sebabnya setiap resort ada polis marin yang jaga setiap masa.

Soalan 2, Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik. Doa dan berkatalah yang baik-baik. Kena positive saja bila kita dekat laut.

Wanita Ini Kongsikan Keperluan Bila Bercuti ke Pulau Bila Bersama Anak Kecil Madihah Young

Nak Tahu Sesuatu Tak?

  • Anak bawah 4 tahun, kalau berenang haruslah menggunakan pelampung tangan dan pelampung bulat yang ada cawatnya tu. Tak tahu apa orang panggil. Inflatable float ring la kut kan? Kalau safety life jacket hanya pakai di atas boat. Di laut tak boleh sebab safety life jacket tu yang akan membahayakan anak kecil sebab masih tak pandai menampung badan sendiri.
  • Teknik pernafasan yang betul sewaktu dive ialah tarik nafas perut kembung ke depan dengan kiraan 4 dan hembus nafas perut kempis ke dalam dengan kiraan 8.
  • Sewaktu island hopping dan aktiviti snorkeling/dive, air mineral sangat diperlukan sebab nanti tekak rasa kering/perit sebab banyak tertelan air masin.
  • Cermin mata hitam/topi sila bawa sebab cuaca panas lagi-lagi di Pulau Sibuan, bahang dia tak boleh bincang. Tapi pulau tu yang paling cantik nak photoshoot.
  • Sebenarnya, sabun dilarang untuk dipakai sewaktu di pulau sebab kandungan dalam sabun tu boleh membunuh corals. Oleh sebab tu la, Pulau Sipadan (pulau yang mempunyai corals tercantik di dunia) melarang penggunaan sabun kalau nak dive dekat sana. Bayangkan, corals pun tak boleh hidup dengan kandungan kimia sintetik yang ada dalam sabun tau. Oleh itu, hati-hatilah dalam membuat pilihan produk penjagaan kulit korang. 
  • Di resort, mereka tak sediakan lauk seafood, hanya ayam/daging/telur kerana menjaga sensitiviti diver. Golongan diver ni mostly cintakan hidupan dalam air. Jadi, mereka tak makan ikan. Jadi, bila kami nak makan seafood, kami beli dan minta chef tu masakkan untuk kami sekeluarga.
  • Untuk photography, aku suggest pakai baju yang warnanya merah, kuning, ungu dan biru yang terang sebab untuk efek kontra dalam air. Baru lawa gambar-gambar nanti. Satu lagi, kalau nak bawak drone, sila apply permit terlebih dahulu (seminggu sebelum) sebab kalau tak apply memang tak boleh terbangkan di kawasan taman marin tu. Jika ada yang didapati menerbangkan drone tanpa kebenaran, korang boleh ditahan atas kesalahan Peraturan 143 (Peraturan Penerbangan Awam 2016) dan juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 206 (3) Peraturan Penerbangan Awam.

Okay, seterusnya jom aku share apa yang aku bawa:

1. Pakaian

Material yang ringan, selesa dan ironless. Memudahkan korang sebenarnya tak perlu bawa beg berat-berat. Yang mana nak snorkeling guna t-shirt berlengan pendek. Sila bawa rash guard.

2. Back pack / Sling bag

Kalau boleh kalis air dan kasut bertutup untuk aktiviti hiking di Bohey Dulang. Sebab sewaktu hiking, tangan tak boleh pegang apa-apa. Semua simpan dalam beg. Siapa yang ada anak kecil, nak berhiking juga, boleh guna carrier atau ambil kain ikat untuk digendong.

3. First Aid Kit

Macam aku, aku bawak Thieves Bar Soap, Premium Starter Kit dan 2 Emotional Oils.

4. Thieves Bar Soap

Sebelum dan selepas ke laut, aku akan mandi dengan sabun ni. Apa yang menariknya, aku, anak dan ibu tak kena gigit jelly fish, yang lain semua kena gigit jelly fish. Jangan risau, kalau kena gigit, boleh sapu dengan oregano kalau ada untuk hilangkan rasa gatal mengenyam tu. Even muka aku tak sunburn menggelupas sebab aku cuci muka guna sabun ni juga. Sabun ni 100% organic dan infused with EO, inshaAllah tak harm corals.

Premium Starter Kit

  • Frankincense: sebelum aku sapu sunscreen, aku bubuh 1 drop frankincense dalam moisturizer. Satu lagi kalau rasa suhu badan mula tinggi, langkah paling mudah, boleh drop frankincense atas ubun-ubun kepala.
  • Peppermint: best sangat untuk atasi rasa ketidakstabilan diri sewaktu atas boat. Nama pun berombak kan…
  • DiGize: kitorang pakai untuk settlekan gelodak dalam perut selepas melantak makanan laut. Sana seafood murah gilaaaa! 2 ekor Lobster (saiz besar) dan 2 ekor ikan kerapu bara (saiz sederhana) RM180, 6 ekor Ketam (saiz sederhana) RM20, 3 ekor kerapu biasa (saiz besar) RM40.
  • PanAway + Copaiba: aku guna waktu urut laki aku bila dia balik dari dive.
  • Lemon + Thieves: aku guna 3 drop each waktu basuh baju dekat dobi.
  • R.C. Essential Oil: bila kau banyak minum air laut, tekak rasa tak selesa, sila guna RC ni, memang banyak membantu. Jangan biarkan, kang tak puas kau nak makan seafood sebab tekak kau tak clear. 
  • Thieves Hand Sanitizer

Dua Emotional Oils

  • Valor bagi bertenang dan rasa confident nak berenang. Sebelum masuk air kemain ibu aku fikir takut lemas la takut ada jaws la. Bila dah masuk, masing-masing lupa daratan taknak naik boat tak nak balik resort.
  • Palo Santo pulak aku mixed dengan Frankincense sewaktu sampai hotel untuk keselesaan di waktu malam.

Dah ready dengan persediaan barang-barang ni? Kalau dah, beri peluang untuk anak-anak teroka dunia baru. Jangan banyak sangat ‘Jangan’. Ibu-bapa dan anak boleh sama-sama belajar. Buka mata dan minda bersama-sama. InshaAllah, ia akan menjadi percutian yang berbaloi dan bermakna.

Kredit : Puan Madihah Young

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA