HalalXPlorer Logo
28 May 2020

Asas Pemula untuk menjadi Muslim Traveler yang Baik

Kongsikan:

Seperti kami pernah beritahu disini, Islam menggalakkan ummatnya untuk ‘travel’ bagi menyaksikan keagungan ciptaan Allah.

Tetapi, adakah semua 'travel' itu disukai dan diredhai Allah? Tidak. Untuk memastikan perjalanan kita diredhai Allah, kita tidak boleh melupakan Allah dengan berusaha menjadi seorang Muslim Traveler yang baik.

Ini antara asas yang berkait rapat dengan travel dan Muslim yang baik.

Betulkan Niat untuk travel

Sumber : Media Indonesia

Kalau nak bunyi sedap sikit, kita sebut Tajdid lah. Niat ni nampak simple dan remeh tetapi sangat penting tau. Di dalam kitab Hadith 40 karya Imam An-Nawawi, terdapat hadith pertama yang berbunyi :


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Shahih, yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

Sumber : Al-Ahkam.net. Semak lanjut disini

Jadi, nampak tak betapa pentingnya niat kita itu. Dalam usaha mendapatkan redha Allah, maka kita perlu melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah. Begitu juga kalau nak travel , niatkanlah kerana Allah telah menyarankan Ummatnya untuk mengembara di muka bumi ini.

Percayalah, setiap perbuatan diniatkan kerana Allah akan melahirkan aktiviti yang baik-baik. Jadi, tips dari kami jika kita mahu merancang untuk melawati tempat maksiat, hiburan melampau, tempat dilaknat Allah. Maka tanyakan kepada diri kita ? Apakah sebenarnya niat kita 'travel'. Mencari Redha atau mencari murka ? InsyaAllah, kita dipelihara dan dijaga.

Utamakan Kewajiban

Terlalu banyak perkara baik yang kita boleh lakukan. Tetapi , kemampuan kita amatlah terbatas. 'Level' setiap kebaikan pula tidaklah sama. Maka, kami sarankan ketika dalam saat senang atau susah, saat travel atau di rumah sentiasa utamakan kewajiban dengan Allah terlebih dahulu. Antara kewajiban yang kita tetap perlu lakukan ketika travel adalah :

Sumber : Muslimmatter.org

Solat 5 waktu

Tidak dinafikan Islam menggalakkan kita untuk mengembara.Tetapi, jangan lupa itu adalah galakan sedangkan Solat adalah Suruhan wajib. Jadi, melihat negara orang sekalipun minoriti penduduk Muslim, kewajiban ini kita tak boleh ditinggalkan ! 

Kami bantu anda cadangkan kelengkapan yang anda boleh sediakan untuk menjadi Musliim traveler yang baik.

1.Qiblat

Melainkan kita ada kebolehan menafsir bentuk buruj, selalunya para traveler mempunyai aplikasi untuk melihat kiblat di telefon pintar masing-masing. Tetapi, aplikasi sebegitu sebenarnya memakan memori telefon bimbit anda. Jadi, kami cadangkan anda untuk search jer https://qiblafinder.withgoogle.com/. Tidaklah membebankan memori telefon anda.

2. Wudhu'

Sebelum menunaikan solat, kita diwajibkan untuk mengangkat hadas kecil iaitu mengambil wudhu’. Negara orang lain pula bukannya ada paip untuk kita ambil wudhu’, jadi bawalah spray untuk mengambil wudhu. Tak perlu botol yang bertulis ‘wudhu spray’ pun, apa-apa botol spray pun boleh. Yang penting mudah untuk anda. Botol air biasa pun boleh, tapi risau basah melebih pula nanti.

Mencari yang Halal

Sumber : Majlis Ulama ISMA

Ini juga merupakan aspek yang penting. Kalau pergi negara yang mempunyai komuniti muslim yang signifikan mungkin boleh bincang lagi. Tetapi, jika pergi ke negara yang agak sukar mencari makanan halal, memang satu perjuanganlah. Tetapi, tidak apa. Buat perancangan rapi, perjuangan itu indah. Kalau selepas research pun tak jumpa, kita kenalah calculate untuk bawa makanan sendiri dari Malaysia. Cuma, kalau ada 1-2 restoran halal di tempat kita pergi tu boleh lah juga cuba. Bila lagi nak try makanan asli dari negara tu kan ?

Menjaga kebersihan diri

tandas untuk muslim traveler
Sumber : Pinterest

Kebanyakan negara barat, tandas mereka memang tak ada paip air geng ! Jadi, selain daripada botol air untuk wudhu’ , sediakanlah juga botol air untuk bersihkan diri atau istinjak di tandas awam nanti yer. Bila hilang bau,warna dan rasa, baru rasa yakin !

Menjaga batas dan kesucian diri

Berada di tempat orang, tetapi masih di bumi Allah. Maka, setiap larangan dan suruhan wajib dipatuhi. Jangan hanya disebabkan ‘tiada orang kenal’ kita nak cuba buat benda bukan-bukan yer .

Sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa memerhati, dan malaikat sentiasa mencatit amalan-amalan kita.  Jaga Aurat, jaga batas pergaulan dan jangan zalimi diri .

Lihat Sekeliling Dahulu

Kemudian, sebelum merancang untuk travel, lihat-lihatlah keadaan sekeliling kita. Jika kita punyai tanggungjawab, maka kita perlulah meyelesaikan tanggungjawab tersebut.

Sebelum kita berseronok, cuba dengan kemampuan yang ada untuk meringankan kesedihan orang-orang disekeliling kita. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin , orang kurang berkemampuan, dilanda musibah, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sebagainya. Jangan pentingkan keseronokan diri sendiri sahaja, kerana kita Ummat Islam semua adalah bersaudara , maka berkongsilah kasih dan rezeki sesama kita. Disebutkan di dalam Hadith :

Matan Hadith:

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

]صحيح البخاري , كتاب المظالم , باب لا يظلم المسلم المسلم ولا يسلمه , حديث 2442 , عن عبد الله بن عمررضي الله عنه[.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Lanjut disini

Bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya

Menjelajahi bumi tidak seharusnya berhenti disitu sahaja. Tetapi, dengan travel seharusnya membuka mata untuk kita melihat dan mengamati betapa melimpahnya rezeki dan nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Antaranya adalah nikmat kesihatan tubuh badan yang mungkin tiada pada sesetengah orang , nikmat masa lapang yang tidak ramai ada , nikmat usia yang panjang yang hilang dari ramai orang, dan pelbagai lagi nikmat yang Allah berikan. Yang paling utama, nikmat Islam yang masih ramai tidak mendapatkannya. Jika kita diuji dengan apa yang kita tak punya, tetaplah bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Allah berfirman :

A007

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Ibrahim : 7 )

Sumber : surah.my . Lanjut disini

Amalkan dan tunjuk teladan

Islam adalah agama yang indah. Setiap ajaranNya adalah ke arah kebaikan, maka amalkanlah ajaranNya dan tunjukkan teladan yang baik kepada yang lain. Terutama sekali ketika travel , berikanlah contoh Muslim yang baik di mata masyarakat. Semoga itu menjadi salah satu usaha dakwah dan menyampaikan Islam di dunia. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua.

Itu sahaja perkongsian kami  kali ini, buat para muslim yang baru nak menjadi traveler, ini adalah kewajiban dari tuhan yang anda perlu ikut, serta sedikit tips tambahan dari kami hehe. Buat yang dah lama menjadi Muslim Travelers, moga-moga anda terus konsisten untuk menjadi role-model !

Terus ikuti kami di Surga Route, untuk lebih banyak info mengenai percutian muslim. Kami Kongsi, Anda Terokai.

Wallahua'lam .

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA