Lapangan Terbang Changi (Changi Airport), Singapura telah dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik di dunia untuk tahun kelapan berturut-turut. MasyaAllah !
Skytrax pada 11 Mei mengumumkan pemenang World Airport Awards 2020. Macam biasa, senarai ini dikuasai oleh lapangan terbang di Asia dan Eropah.
Sumber : Skytrax
Walaupun industri penerbangan lumpuh buat masa ini, namun Skytrax membuat keputusan untuk tetap memberi anugerah tahunan mereka itu sebagai motivasi buat industri penerbangan. Majlis anugerah pada asalnya dijadualkan pada 1 April lalu tetapi dibatalkan akibat krisis Covid-19 di peringkat dunia.
Lapangan Terbang Changi sebenarnya telah lama mendapat Gold Standard Airport disebabkan fasiliti berkelas dunia dan pelbagai tarikan unik antaranya taman orkid dan rama-rama , taman kaktus dan kolam renang di atas bumbung (rooftop).
Cactus Garden. Sumber : nowboarding.changiairport.com
Lapangan terbang Changi telah terkenal sebagai lapangan terbang yang efisien dan mengagumkan melalui Terminal 1,2, dan 3 mereka. Namun pada 2017, Chang telah membuka Terminal 4 baharu mereka yang dikatakan sebagai terminal masa hadapan kerana teknologi yang digunakan di terminal tersebut membantu mengurangkan tenaga kerja manusia.
Changi Terminal 4
Sumber : thestraitstimes.com
Tahun lepas , Changi Airport meninggalkan lagi pesaing mereka dengan pembukaan Kompleks membeli-belah Jewel Changi, kompleks kaca yang merangkumi hutan hujan yang hidup, laluan berjalan kaki dalaman dan air terjun tertutup tertinggi di dunia, Rain Vortex, yang berdiri 40 meter. Kompleks itu menghubungkan Terminal Lapangan Terbang di Changi.
Bermula tahun ini pula, pihak pengurusan Changi Airport menutup operasi Terminal 2 selama 18 bulan dalam usaha mereka mengubahsuai bangunan tersebut. Apabila kerja pengubahsuaian selesai kelak, Changi Airport pasti akan sekali lagi menggegarkan dunia .
Gambaran artis , Terminal 2 apabila siap. Sumber : Business Traveller
Dibawah ini kami bawakan senarai 10 Lapangan Terbang terbaik dunia tahun 2020 menurut Skytrax.
1. Singapore Changi Airport
2. Tokyo Haneda Airport
3. Hamad International Airport Doha
4. Incheon International Airport
5. Munich Airport
6. Hong Kong International Airport
7. Narita International Airport
8. Central Japan International Airport
9. Amsterdam Schiphol Airport
10. Kansai International Airport
Bagaimana dengan Malaysia ?
Kami tetap mahu selitkan berita mengenai tanah air. Di dalam senarai yang sama, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menduduki tangga ke-63. Semakin jatuh,dan jatuh. Untuk rekod, KLIA pernah menjadi Lapangan Terbang ke-2 terbaik di dunia pada 2001 dan tetap kekal berada di kalangan 10 lapangan terbaik di dunia sehingga tahun 2012. Namun, bermula 2013 , KLIA berada di tangga ke-14 , tangga ke-20 pada 2014 , tangga ke-34 pada 2017 , tangga ke-44 pada 2018 dan tangga ke-54 pada 2019.
Untuk lain-lain info mengenai dunia penerbangan, klik disini