HalalXPlorer Logo
05 August 2020

MHholidays perkenal promosi bawa anak menaiki penerbangan dan menginap secara percuma ! Begini caranya

Kongsikan:

Untuk yang masih belum tahu, Malaysia Airlines telah bekerjasama dengan syarikat TUI International Holiday telah memperkenalkan MHholidays. Dalam MHholidays ini, anda boleh memilih perkhidmatan untuk percutian lengkap merangkumi penerbangan, penginapan, perkhidmatan pengangkutan darat ataupun memilih pakej percutian dalam satu platform sahaja. Senang kan? Tak perlu lagi gigih-gigih geledah semua laman web untuk siapkan urusan penerbangan, kemudian penginapan dan sebagainya. Renyah !

Sudahlah mudah, murah pula tu. Pakej yang ditawarkan oleh MHHolidays selalunya memang tidak masuk akal. Walaupun kita mengambil pakej penerbangan beserta penginapan, tetapi harga yang ditawarkan tidak jauh berbeza dengan kadar tiket penerbangan sahaja. Malah, kadang-kadang lebih murah. Tak percaya? Cuba lihat bawah ini , anda boleh terbang ke Terengganu beserta hotel untuk 3Hari 2Malam hanya dengan RM249 seorang. Ke Kota Kinabalu, Sabah selama 3 Hari 2 Malam pula hanya RM339 seorang. Kalau beli tiket penerbangan sahaja pun boleh mencecah RM700 juga seorang kan?

Selain itu, pakej MH Holidays ini juga disekalikan dengan kebenaran membawa bagasi daftar masuk 40KG setiap orang tau. Dalam penerbangan, anda akan disajikan dengan makanan lazat dan juga sistem hiburan.

Terbaru, MHHolidays telah membuat penerbangan dan penginapan percuma buat kanak-kanak ! MasyaAllah perfect sangat untuk ibu bapa muda dengan anak kecil. Hm, kanak-kanak macamana yang dimaksudkan yer? Ha mudah je

https://www.facebook.com/malaysiaairlines/videos/576190676388912/

Maksimum satu kanak-kanak ( umur 3-11 tahun) atau satu bayi ( umur 2 tahun ke bawah) boleh terbang dan menginap secara percuma bagi setiap satu tempahan dewasa. Bermakna, setiap pasangan boleh membawa 2 kanak-kanak !

Untuk maklumat lanjut, klik disini

Apa lagi, Jom lah kita !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA