Syarikat penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), yang terdiri daripada Malaysia Airlines, Firefly, dan MASwings akan memperuntukkan lebih 18,000 tempat duduk tambahan semasa tempoh perjalanan puncak Hari Raya akan datang untuk menampung lonjakan perjalanan domestik yang dijangka bermula 18 April hingga 1 Mei 2023. Ini adalah tambahan terbaru selepas penambahan 20,000 kerusi yang dilancarkan pada 29 Mac 2023 yang kini hampir habis dijual.
Untuk perjalanan lancar semasa tempoh perjalanan puncak, Malaysia Airlines akan menaik taraf perkhidmatannya menggunakan Airbus A330 ke Kota Kinabalu pada 20 dan 30 April, serta 1 Mei dan menambah 54 lagi penerbangan tambahan ke Kuching, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Kota Bahru, Alor Setar, Terengganu, Kuantan, Labuan, Bintulu, Sibu dan Miri untuk memastikan kemudahan penumpang. Dengan tambahan tempat duduk, tambang akan diselaraskan secara dinamik menjadi lebih rendah, menjadikannya mampu milik untuk penumpang pulang ke kampung halaman mereka untuk sambutan Hari Raya.
Firefly juga telah meningkatkan kekerapan penerbangannya ke Kota Bharu dan Kota Kinabalu untuk menyokong permintaan.
Pihak Malaysia Airlines menggalakkan penumpang merancang perjalanan mereka lebih awal untuk menikmati tawaran terbaik bagi tambang penerbangan.
Untuk maklumat lanjut tentang tempahan penerbangan, merancang percutian yang sempurna, atau mencari perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan semasa perjalanan anda, lawati laman web rasmi Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings.
Penerbangan tambahan adalah seperti berikut: