HalalXPlorer Logo
AirAsia Mohon Maaf
23 May 2022

Malaysia Berikrar Sertai ICAO, Pulihkan Industri Penerbangan Pasca COVID-19

Kongsikan:

Malaysia berikrar akan mengambil bahagian secara aktif dalam misi berterusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi membolehkan rangkaian pengangkutan udara global dan objektif strategik lebih bersedia menghadapi pemulihan industri penerbangan pasca COVID-19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata beliau turut mengulangi komitmen Kerajaan Malaysia untuk menyokong inisiatif ICAO dengan tumpuan khusus kepada objektif keselamatan dan penambahbaikan kemudahan, selepas mengambil kira kesan ekonomi akibat COVID-19 ke atas sektor penerbangan.

Malaysia Berikrar Sertai ICAO, Pulihkan Industri Penerbangan Pasca COVID-19
Wee Ka Siong. Kredit : The Edge Market

"Malaysia menyokong dan menghargai usaha ICAO, terutama Pasukan Petugas Khas Pemulihan Penerbangan Awam (CART) yang terdiri daripada negara anggota, organisasi serta pemain industri serantau dan antarabangsa.

"Ia menangani cabaran pandemik dan menyediakan panduan ke arah pemulihan serta pembukaan semula sektor penerbangan yang selamat dan mampan," katanya dalam ucapan pembukaan Future Aviation Forum 2022 di Riyadh, Arab Saudi, semalam.

Ka Siong berkata, adalah penting bagi semua penggiat industri penerbangan merangka strategi menyesuaikan diri dengan normal baharu, dengan melihat ke hadapan melangkaui pandemik demi kelangsungan hidup.

"Kerajaan semua negara juga perlu menangani dan membolehkan pemulihan ekonomi yang lebih luas bagi memastikan industri penerbangan dapat meneruskan peranan pentingnya dalam menyediakan kesalinghubungan, memacu kemakmuran negara serta pertumbuhan pekerjaan," katanya.

Malaysia Berikrar Sertai ICAO, Pulihkan Industri Penerbangan Pasca COVID-19

Beliau turut mencadangkan pengenaan protokol kesihatan yang lebih mudah, konsisten dan boleh diramal untuk perjalanan udara.

Katanya, ia termasuk membenarkan penumpang sudah menerima vaksin untuk melakukan perjalanan tanpa langkah tambahan dan penggunaan ujian antigen prapelepasan bagi penumpang yang tidak divaksinasi.

Malaysia Berikrar Sertai ICAO, Pulihkan Industri Penerbangan Pasca COVID-19

"Langkah lain yang memerlukan pertimbangan lanjut ialah mengelakkan ujian sejurus ketibaan dan memansuhkan sekatan perjalanan.

"Pelonggaran sekatan perjalanan juga harus dipercepatkan sebagai mengiktiraf fakta bahawa pengembara tidak menimbulkan risiko jangkitan COVID-19 yang lebih besar berbanding yang sudah wujud dalam kalangan masyarakat umum," katanya. 

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA