HalalXPlorer Logo
Prototaip Kerusi Ultra-Ekonomi Untuk Pesawat Tambang Murah Diperkenalkan. Duduk Tidak, Berdiri Pun Tidak SamChui
09 April 2022

Prototaip Kerusi Ultra-Ekonomi Untuk Pesawat Tambang Murah Diperkenalkan. Duduk Tidak, Berdiri Pun Tidak

Kongsikan:

Sebelum COVID-19 melanda, sebuah syarikat pembuat tempat duduk pesawat dari Itali, Avionteriors telah mempersembahkan satu kerusi prototaip ultra-ekonomi untuk syarikat penerbangan tambang murah/penerbangan bajet.

Prototaip Kerusi Ultra-Ekonomi Untuk Pesawat Tambang Murah Diperkenalkan. Duduk Tidak, Berdiri Pun Tidak SamChui
Prototaip Kerusi Ultra-Ekonomi.Kredit Foto : Sam Chui

'Standing Seats' namanya sebab duduk tak macam duduk, berdiri pun tak macam berdiri. ?

Prototaip Kerusi Ultra-Ekonomi Untuk Pesawat Tambang Murah Diperkenalkan. Duduk Tidak, Berdiri Pun Tidak SamChui
Prototaip Kerusi Ultra-Ekonomi. Kredit Foto : Sam Chui

Matlamat penggunaan kerusi ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan ruang penerbangan, kiranya nak sumbat seramai mana penumpang yang boleh.

Dengan penggunaan kerusi jenis ini, ruang yang diambil lebih minima sekaligus boleh memuatkan 2 kali ganda jumlah penumpang daripada kapasiti asal sesebuah pesawat.

Jadi syarikat penerbangan boleh mencapai lebih keuntungan berbanding sekarang atau penumpang juga mungkin boleh membayar tiket yang lebih murah.

Walaupun ruang kaki yang kecil, tetapi kerusi ini tetap tidak melupakan 'tray table'. Ya, masih boleh makan cuma kecil juga lah. Nak makan apa pun tak tahu lah dengan posisi penumpang separa duduk-separa berdiri.

Prototaip Kerusi Ultra-Ekonomi Untuk Pesawat Tambang Murah Diperkenalkan. Duduk Tidak, Berdiri Pun Tidak SamChui
Kredit Foto : Sam Chui
Prototaip Kerusi Ultra-Ekonomi Untuk Pesawat Tambang Murah Diperkenalkan. Duduk Tidak, Berdiri Pun Tidak SamChui
Kredit Foto : Sam Chui

Nampak gayanya, ini kalau barangan atau makanan jatuh memang tak boleh nak ambil. Biarkan sajalah sebab nak bongkok sedikit pun dah tak muat.

Anda rasa macamana ? Cuba bayang dulu syarikat penerbangan murah AirAsia buat macam ini untuk balik kampung ? Ataupun waktu bercuti ? Mungkin tiket penerbangan jadi lebih murah, bolehlah kita simpan lebih banyak duit untuk belanja !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA