HalalXPlorer Logo
09 April 2022

Buffet Ramadan : Zebra Square KL Tawar 50 Hidangan Tempatan & Asia !

Kongsikan:
Buffet Ramadan : Zebra Square KL Tawar 50 Hidangan Tempatan & Asia !

Bermula dari 7hb - 30hb April 2022 (6 Ramadan 1443H - 29 Ramadan 1443H), Zebra Square KL menawarkan lebih kurang 50 hidangan masakan tempatan & dari Asia.

Semua menu yang di masak oleh Chef Eksekutif, Mohamed Muzaffar & juga pasukannya. Antara menu yang anda boleh cuba antaranya adalah lauk pauk seperti Kambing Bakar, Rendang Daging, Kurma Ayam, Gulai Ikan Masin, Terong Berlado, Kerabu Mangga, Daging Gulai Utara, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Masak Lemak dan pelbagai lagi.

Untuk hidangan ringan ada pelbagai kuih-muih tradisional, satay, mee kari & mee sup. kuih muih, masakan lemak, Daging Gulai Utara, Ikan Bakar, Ayam Palembang & banyak lagi menu menarik! Hampa juga di temani dgn suasana ala beraya di kampung.

Zebra Square KL ini terletak di Jalan Kampung Pandan memang strategik, senang nak sampai dari arah mana pun. Kawasan letak kenderaan yang luas disediakan, selain itu kemudahan surau & tandas yang selesa pun ada.

Maklumlah, Zebra Square berpengalaman luas dalam menganjurkan acara khas bagi korporat & badan kerajaan, majlis perkahwinan selebriti, majlis keraian vip, majlis pelancaran produk & sebagainya. Semestinya venue nya direka khas bagi memenuhi kehendak sesuatu acara.

Tempat yang luas, environment yang selesa , fasiliti & akses yang senang.Untuk tempahan iftar di Zebra Square KL , boleh hubungi +6017-5707039 (Syafiq) atau +6017-2516315 (Key)

Lokasi

?Zebra Square KL, No. 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA