Berita kurang best untuk korang yang selalu travel ke Sabah dan Sarawak melalui Subang ! AirAsia Malaysia (AirAsia), syarikat penerbangan tambang murah di bawah Capital A Bhd, dah hentikan jualan tiket bagi penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), atau lebih dikenali sebagai Subang Airport, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bermula 7 April 2025.
Baru 7 Bulan, Dah Stop?
Keputusan ni agak mengejutkan sebab AirAsia baru je kembali beroperasi dari Subang Airport sejak Ogos 2024, selepas jet komersial dibenarkan semula di sana. Flight pertama AirAsia dari Subang ke Kota Kinabalu dan Kuching dilancarkan pada 30 Ogos 2024. Tapi nampaknya, operasi ni tak bertahan lama.
Berdasarkan semakan di enjin tempahan AirAsia MOVE, penerbangan pergi balik dari Subang ke Kota Kinabalu dan Kuching selepas 7 April dah tak ada dalam sistem. Flight terakhir yang masih available ialah pada 6 April.
Kenapa AirAsia Stop Flight dari Subang?
Menurut penganalisis penerbangan bebas dari Sobie Aviation Pte Ltd, Brendan Sobie, keputusan ni menunjukkan cabaran besar dalam industri penerbangan domestik Malaysia.
"Penggantungan penerbangan dari Subang ni mencerminkan betapa kompetitif dan sensitifnya pasaran penerbangan domestik Malaysia dari segi harga. Ia juga membuktikan kelemahan dasar di sebalik pembukaan semula operasi jet di Subang."
Katanya lagi, operasi ni sangat tak menguntungkan buat AirAsia dan kerajaan, jadi langkah untuk menghentikan penerbangan ni adalah wajar.
SARP & Airlines Lain di Subang
Untuk korang yang tak tahu, Subang Airport dihidupkan semula dengan operasi jet berbadan sempit sebagai sebahagian daripada fasa pertama Subang Airport Regeneration Plan (SARP), yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pada Februari 2023.
Selain AirAsia (yang dah tarik diri), airlines lain yang masih operate dengan jet berbadan sempit dari Subang termasuk Firefly dan Batik Air Malaysia. Sementara tu, dua syarikat penerbangan luar negara yang masih beroperasi dari Subang ialah Scoot dari Singapura dan TransNusa dari Indonesia.
Apa Pendapat Korang?
Bagi yang selalu travel dari Subang ke Sabah dan Sarawak, ni mesti berita yang agak mengecewakan. Adakah ini akan naikkan harga tiket dari KLIA nanti? Atau mungkin ada airlines lain yang akan ambil alih laluan ni? Komen di bawah, let’s discuss!
Ok jer...dgr citer Batik Air Msia nk ambil alih laluan yg Air Asia tgglkn...ptut mmg ada flight dr Subang sbg alternatif if kita stay kt area Klang Valley yg mls nk pg KLIA1 or 2...Grab fare lg...jgn fokus KLIA jer...