Nak balik kampung tapi risau tiket habis? Jangan risau, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dah sediakan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur!
Empat perjalanan khas disediakan untuk mudahkan orang ramai pulang beraya dengan selesa dan tenang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin, sebanyak 312 tiket disediakan untuk setiap perjalanan, menjadikan jumlah keseluruhan 1,248 tiket.
Ada dua jenis tempat duduk yang boleh dipilih—koc katil superior untuk tidur lebih selesa atau koc premier kalau nak santai sepanjang perjalanan.
Yang bestnya, tren khas ni juga ada koc bufet dengan pelbagai pilihan makanan, dan koc chillax untuk korang yang nak lepak sambil enjoy view sepanjang perjalanan.
Jadual perjalanan tren khas:
- 28 Mac & 2 April 2025: KL Sentral (11 malam) → Tumpat (3.53 petang)
- 29 Mac & 4 April 2025: Tumpat (10.45 malam) → KL Sentral (3.10 petang)
Tren akan berhenti di 16 stesen, termasuk Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, dan Wakaf Bharu sebelum sampai ke destinasi terakhir.
Harga tiket? Tak jauh beza dengan harga biasa—cuma RM90 hingga RM95 untuk perjalanan sehala. Boleh beli online melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman web rasmi www.ktmb.com.my. Kalau lebih suka beli fizikal, boleh terus ke mesin kios KTMB di stesen terpilih.
Jadi, kalau tak nak berebut tiket last minit, better grab cepat!