Nak chill tepi pantai sambil dengar deruan ombak? Atau bangun tidur terus nampak laut biru? Tak perlu risau bajet besar sebab banyak hotel best di Bali yang boleh korang stay bawah 1.5 juta rupiah (lebih kurang RM450) semalam! Let’s check it out!
1. La Joya Biu-Biu – Vibes Eco-Friendly
Harga: Dari Rp1,440,000 (~RM432) semalam
Lokasi: Kuta Selatan, Bali
Call: 0811 399 0048
Web: La Joya Biu-Biu
Bagi korang yang suka stay kat tempat eco-friendly, La Joya Biu-Biu memang pilihan terbaik. Bungalow dia dibina dengan batu kapur dari kawasan sekitar, so memang natural habis. Plus, infinity pool dia menghadap Pantai Balangan – port best untuk surfers!
2. Wyndham Tamansari Jivva Resort – Jacuzzi Dengan View Laut
Harga: Dari Rp910,000 (~RM273) semalam
Lokasi: Pantai Lepang, Klungkung, Bali
Call: (0366) 543 7988
Web: Wyndham Resort
Kalau nak view mantap sambil rilek dalam jacuzzi, hotel ni memang win! Pantai pasir hitam dia unik gila, dan kalau korang nak tenangkan minda, boleh cuba yoga kat Tirta Yoga Hall.
3. Rumah Luwih – Klasik & Romantic
Harga: Dari Rp1,100,000 (~RM330) semalam
Lokasi: Gianyar, Bali
Call: (0361) 200 5899
Web: Rumah Luwih
Vibes klasik dengan dekorasi warna putih, suasana kat sini memang romantik habis. Nak honeymoon atau getaway couple, memang recommended!
4. Bed & Breakfast & Bistro Aquaterrace – Snorkeling Time!
Harga: Dari Rp840,000 (~RM252) semalam
Lokasi: Amed, Bali
Call: 0813 3791 1096
Web: Aquaterrace
Kalau korang kaki snorkeling, ni tempat wajib! Berada di kawasan Amed yang terkenal dengan terumbu karang yang cantik. Kalau malas nak snorkeling, chill je kat infinity pool sambil tengok laut biru.
5. Mayo Resort – Hidden Gem Bali Utara
Harga: Dari Rp642,857 (~RM193) semalam
Lokasi: Buleleng, Bali
Call: 0811 380 0500
Web: Mayo Resort
Resort ni macam private paradise – jauh dari crowd, suasana chill habis. Yang bestnya, 20 minit dari sini korang boleh tengok lumba-lumba kat Pantai Lovina.
6. The Kuta Beach Heritage Hotel – Belanja & Party Mode
Harga: Dari Rp1,150,000 (~RM345) semalam
Lokasi: Kuta, Bali
Call: 0361-300 7080
Web: Kuta Beach Heritage
Dekat dengan shopping mall. Sesuai kalau korang nak enjoy nightlife Bali.
7. Mamaka by Ovolo – Kongkow & Sunset View
Harga: Dari Rp1,260,000 (~RM378) semalam
Lokasi: Kuta, Bali
Call: 0361-849 6500
Web: Mamaka
Betul-betul depan Pantai Kuta. Siang boleh berjemur, malam boleh chill kat rooftop pool.
8. Bali Umah Tinjung – Kombinasi Laut & Gunung Agung
Harga: Dari Rp453,900 (~RM136) semalam
Lokasi: Karangasem, Bali
Call: 0853 3318 3456
Web: Umah Tinjung
Nak sunrise paling padu? Bangun awal dan tengok matahari terbit dengan view Gunung Agung.
9. Bombora Medewi Wave Lodge – Heaven Untuk Surfers
Harga: Dari Rp750,000 (~RM225) semalam
Lokasi: Medewi, Bali
Call: 0813 3709 0900
Web: Bombora Medewi
Untuk surfers, ni tempat paling on! Pantai Medewi ada ombak yang steady dan kurang crowded.
10. Bali Mandira Beach Resort – Pool Dengan Waterslide!
Harga: Dari Rp1,400,000 (~RM420) semalam
Lokasi: Legian, Bali
Call: (0361) 751 381
Web: Bali Mandira
Nak pool besar dengan waterslide? Tempat ni memang best untuk family trip!
Dan banyak lagi hotel best lain! Korang boleh pilih ikut bajet dan aktiviti yang korang nak buat kat Bali. Jangan lupa check harga semasa sebab boleh berubah ikut season. Happy holiday!