Antara penginapan menarik untuk anda cuba jika bercuti ke Melaka adalah "RUMAKICI".
Rumakici yang terletak di Jalan Setulang Daeng, Pulau Gadong, Melaka ini membawa konsep 'Tiny House' yang begitu terkenal di luar negara, sebab itulah namanya pun 'rumakici' , diambil dari perkataan Rumah Kecil yang juga membawa makna 'Tiny House'.
Terdapat 2 unit rumah kecil dengan keluasan 26×10 kaki persegi disediakan untuk pengunjung. Di tengah-tengahnya terletak satu kolam renang besar. Memang cukup puas dapat berendam dan bersantai di kolam renang ini.
Rumakici yang siap dibina pada Disember 2019 dilengkapi segala kemudahan yang selesa seperti tempat tidur, ruang istirehat, dapur mini, tempat barbeku dan tandas di luar untuk memudahkan mereka menyalin pakaian selepas mandi kolam.
Kedudukan 'homestay' ini dibina dengan mengambil kira kitaran terbit dan terbenam matahari untuk mengimbangi suhu serta pencahayaan dalam Rumakici.
Pemandangan Menarik Sawah Padi
Selalu kita tahu kalau nak tengok pemandangan sawah padi kena datang ke Kedah atau Sekinchan. Tetapi, homestay 'rumakici' ini pun sebenarnya dikelilingi oleh sawah padi.
Paling menarik jika anda datang pada bulan Februari, Mac, Julai dan Ogos sebab anda berpeluang menikmati pemandangan sawah padi yang menguning keemasan terbentang luas di sekeliling Rumakici ini.
Kadar Harga
Harga sewa satu unit rumah cuma RM360 semalam. Manakala harga sewa untuk dua unit bagi satu malam adalah RM580 hari biasa -- Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum RM680.
Alamat
? Rumakici, Lot 7181 Jalan Setulang Daeng, Jln Pulau Gadong, 75260, Melaka