Kalau tercari-cari tempat penginapan di Lumut boleh tempah Rania Beach Resort di Teluk Senangin.
Uniknya resort ini adalah konsepnya seolah-olah villa. Ada dapur, ada ruang tamu. Boleh lepak-lepak.
20 Unit Bilik
Tetapi dalam resort ini, tetamu akan menginap di 20 bilik tidur berasingan.
Kiranya kita tempah satu bilik saja, tapi boleh guna kemudahan satu rumah tu. Tak perlu mahal-mahal tempah satu villa.
Memang berguna sangat kemudahan macam ini sebab ada dari kita tak suka makan luar, lebih suka memasak walaupun bercuti. Sebab itu ada yang tempah homestay sebab nak gunakan dapur untuk memasak sebab kebanyakan hotel memang tak boleh memasak dalam bilik.
Tapi, Rania Beach Resort ini siap sediakan dapur lagi untuk tetamu gunakan mengikut keperluan.
Kalau nak duduk dalam bilik tidur saja takpe, tapi kalau nak guna kemudahan di luar seperti kolam renang, ruang tamu, dapur pun boleh. Dah macam rumah sendiri. Kalau tetamu tak ramai lagi best, sebab rasa villa ni macam kita punya hehe.
Rania Beach Resort ni sesuai juga kalau nak bawa satu keluarga besar untuk family day. Yelah sebab ada 20 bilik kan. Boleh la satu keluarga kecil satu bilik. Aktiviti family day boleh buat kat swimming pool atau ruang tamu. Boleh solat berjemaah kat luar.
Nak jalan-jalan pantai pun senang. Namanya pun Rania Beach Resort, jalan kaki je ke Pantai Teluk Senangin.
Alamat
Rania Beach Resort, Rania Beach Resort @Pantai Teluk Senangin Lot 13543, Labohan Bilis, Lumut, Manjung, Perak Malaysia
Tempahan
019-880 6687